Total Pageviews

Monday, 20 May 2013

Menyusuri Bangunan Menarik Di Port Adelaide

Berkesinambungan dari selepas memanjat Port Adelaide Lighthouse, kerana cuaca tersangatlah elok hari tu, aku mengambil kesempatan berjalan-jalan disekitar kawasan berdekatan. Jika sebelum ini aku hanya memerhatikan kawasan ini dari jauh semasa berada di atas kenderaan dan tak terfikir pula untuk merayau-rayau dengan berjalan kaki. 

Dulu, kerapkali juga aku mengikut hubby bertugas sewaktu aku cuti sekolah. Bila ada rombongan pelajarnya dibawa ke mana-mana destinasi untuk melihat dan mengkaji bangunan-bangunan lama di Malaysia. Kadang-kadang ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan (sambil menyelam minum air, opps atau pepatah sini kata 'guna satu batu untuk membunuh dua burung' lebih kuranglah) atau ke mana-mana negeri yang mempunyai bangunan lama bersejarah. Jika Ke bandar Klang tu aku malas pulak nak ikut. 

Aku cakap pada hubby, jika boleh bawa rombongan pelajar dia datang Adelaide, sini mungkin boleh jadi salah satu tempatnya. Berangan sajalah aku ni.

Di hadapan bangunan 'Fishermen's Wharf Markets'. Kat dalam ada banyak tempat untuk mencuci mata... :-)

Di tangga pintu masuk 'Fishermen's Wharf  Market', asal market dibuka sejak lebih 20 tahun lalu nampak lusuh bila berdindingkan macam zink. Dalamnya luas, dua tingkat dan terdapat lebih 120 buah stalls yang menjual pelbagai barangan.
 Sedikit keadaan dan suasana di dalam market. Memang sesuai untuk hanya mencuci mata.
Di belakang atau tepi market, boleh keluar ambil angin sejuk di sini... walaupun dah sedia sejuk. Satu kembara lagi boleh dilakukan di hujung sana dengan menaiki feri dan jika bernasib baik, kita berpeluang melihat dolphin berenang. InsyaAllah akan ada cerita lagi nanti.

Aku terus menyusuri jalan-jalan di sekitar, melalui beberapa bangunan yang menarik dipandangan mata dan yang agak menampakkan usia serta ke'sejarahan' bandar ini. Tetapi tiada hendak panjangkan cerita sejarah tu, cuma aku nak abadikan kenangan aku di sini.
 
 
  
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini macam kat bandar lama Klang atau Kota Bharu je...


Jika melawat ke negeri lain selain dari South Australia pun, sanggup kita berjalan kaki jauh untuk pusing-pusing kawasan, apa salahnya kita jadikan tempat sendiri pun macam tu juga. Baru kita rasa di situ sebenarnya ada keistimewaan untuk di abadikan bersama pengalaman kita.

Posted by Picasa

Saturday, 18 May 2013

Port Adelaide Lighthouse

Laluan kehidupan kita jika hanya membentuk graf lurus selari, tanpa ada tinggi rendahnya, tiada juga manisnya. Sebab itu lah kita manusia sebagai mana Allah rencanakan samada pahit manis mehnah yang kita tempuhi semuanya punyai hikmah samada yang zahir atau tersembunyi. 

Ada satu hari dalam minggu lepas, hampir 3 jam luang kan masa dekat QEH. Urusan aku sendiri, appoinment hari tu, aku kena jumpa dengan 4 orang penting di situ. Nantilah, aku ingin merakam cerita dan akan ada siri itu nanti dalam Ahwaalulhayah bila cerita bersiri itu telah lengkap episodnya. Semua dalam satu.

Malam tadi pula, dalam jam 11.30 malam (bukankah hampir tengah malam tu), masa aku tengah tengok TV ke atau TV tengok aku entah (sebab aku tengah khusyuk knitting), bersendirian sambil bersedia menerima panggilan dari hubby untuk pick up dia dari Uni, tetiba terkejut bagai nak tercabut jantung (nasib baik dan alhamdulillah jantung aku kuat). Ada orang ketuk pintu rumah aku. Aku cepat-cepat slowkan suara TV dan cuba kawal perasaan aku sekali pun aku rasa darah aku sudah tiada di muka dah. Tak kan aku berani buka pintu. Jika kawan-kawan aku, kenapa tak telefon nak datang atau bagi salam ke, atau panggil nama ke... Ini tidak.. tanpa suara. Siapakah itu....?
Tak lama lepas tu aku dengar bunyi tapak kaki melangkah pergi. Terus aku hantar sms pada hubby di Uni dan dia segera call aku. Tak semena-mena lepas tu, aku takut sesangat nak turun rumah untuk  gi ambik dia. Alhamdulillah dengan rela hati ada kawan dia yang masih di Uni masa tu nak datang hantar dia balik rumah. Terasa pulak menyusahkan dia. Tapi 'syukran jaziiilan' (dia orang Kuwait). Check sekitar, tak ada apa, alhamdulillah lagi.

Peristiwa tu menimbulkan persoalan besar yang aku tersangat ingin tahu siapa dan apa tujuan dia mengetuk pintu rumah aku pada waktu yang selewat itu.... Tetapi aku rasa macam nak berazam, jika ada lagi berlaku, aku nekad nak bertanya dengan kuat dari dalam... "Sapa tu...?",  Boleh ke aku...? Tu la mehnah ringan bagi aku minggu lalu. 

Kali ini nak berkisah pasal tempat yang biasa-biasa saja di Port Adelaide. Kerap juga ke sini tapi fokus kali ini ialah pada rumah api yang menjadi mercu tanda di sini. Setiap kali datang tak terfikir nak panjat rumah api ni, tapi kali ini aku berjaya pujuk hubby yang sering gayat berada di tempat tinggi (aku pun gayat juga tapi nak merasa) untuk naik ke atas menara rumah api ni. 

Hanya di kenakan bayaran satu dollar sahaja untuk dewasa dan hanya 50 sen untuk kanak-kanak 5 hingga 18 tahun. Ooooh... 18 tahun di kira kanak-kanak ya... :-)

Melalui laluan tangga berpusing yang sempit, mungkin sedikit ujian bagi yang berbadan besar. Aku pula ada la sedikit terasa pening semasa memanjat naik. Sebabnya kerana melalui tangga yang sentiasa kita kena pusing, pusing dan pusing. Memang perasaan gayat tu ada. Tapi keinginan untuk merasai berada di atas menara tu mengatasi perasaan gayat aku tu. 

Pada haluan turun, tak ada masalah, seronok pulak masa turun, sebabnya kita tidak mendaki lagi. Laju je jalannya pun. Memanglah masih berpusing, tapi aku tidak lagi terasa kegayatannya.

Pada beberapa tingkat tangga akan ada la sedikit information yang boleh kita baca. Mungkin dengan cara ini dapat menghilangkan sedikit perasaan gayat kita tu. Panjat sikit, baca... pastu panjat sikit lagi, baca yan lain pula hinggalah pada tangga paling atas. Antara yang aku sempat snap....
 
 
 
 
 
 
 

Bagi aku yang suka berfoto ni, tak akan cukup syaratnya jika tak ambil gambar semasa berada kat atas lighthouse ni.
 

Gayat juga rasanya berada kat atas ni. Tapi seronok melihat segala pemandangan di sekitar Port Adelaide dari atas.
 

Berlatar belakangkan sudut yang berlainan. Lautan, bangunan-bangunan dan jalan raya.

Jadi kecik je feri tu.... :-)
 
Berada di tangga permulaan di depan pintu masuk.

Mungkin tidak seglamour mana pun tapi bolehlah cuba panjat lighthouse ini sebagai syarat kita telah datang ke sini.
Posted by Picasa

Wednesday, 15 May 2013

Aku & Musim Luruh Terakhir Di Adelaide

Loghat aku.....
Macei Oghei Daghat Maghi Duano ni.... :-)
Alhamdulillah, jjupo lagi ghupanyo nga musing lughuh tahun nni. Ingat ko mati-mati tahun lepah tu, hok akhir ddoh. Lek-lek duk ceghito doh lah aghi ttu, kato tak jjupa doh lepah nih. Aku pung apa lagi... ghaso besyukur sangak la. Masa ghoyak ceghito musing lalu... tu sebak tak confom lagi buleh ko ddok tamboh masa hubby ngaji. Ruponya buleh heh. Tak sekor mano pun tapi doh Allah kata ado masa lagi duk ssini, kita ambik la pluwei ni habih-habih. 

TTepi Uni la ni.... Frome Road tu laa...

Aku ni excited sangak bila tengok daung-daung hok lughuh ni banyok ddo oh. Duk napok ddoh dua tiga aghi doh seblum nni, tapi tok ddei nak begheti sokmo. Yo lah tak teringak. Nok wak lagu mano, letak je hubby, pahtu masa kona kheto pulah stegheng nak tubik baru napok. Malah doh la nak kona kelik. Tangguh esok pulok dalei hati kato. Nak begheti masa alah balik ambik hubby, mano buleh, dia kei malei-malei baghu sudoh... malei-malei baghu kelik... sokmo-sokmo pun lagu ttu laa... Gak kalu malei nak begheti ambik gamba lagu mano...? Gelak gelemak kkatuk dauk tak napok ggapo satu.... tak comei la gamba lagu ttu gak. Kameiro aku bukei nyo kelah tinggi boleh ambik gamba malei nga comei. Siyei aghi boleh kkigho laa...

Jadinyo ari ttu, lepah balik dari ggi 'Torrei Ailei' market, teruh keno maghi ata hubby ke Uni la. Datei-datei  gak, Allah bagi ingatei tu maghi dalei ppalo nih. Mujur ingat. Tu la teruh ngoyat ko hubby nak gi ambik gamba ssitu mmeta. Buleh la paking kheta kat 30 minit tu mmeta. Suko sangak, segho macei oghei daghat pulok, hihihi.... Tapi doh sengoti ghaso ggitu, nok kata lagu mano lagi... Takut jugok kalu oghei kata, oloh lah lagu ttu pun nak tunjuk, tapi biya lah, aku nok letak dalei kenengei aku sdighi kei.... apa pulok nok saloh nyo...

Macai oghei daghat pulok....
 

Teghingak kenengei lamo, ghumoh aku dulu ttepii jah ngan kebung getah. Luwah sangat kebung getah tuh, adolah oghei nnogheh, masa aku kecik-kecik dulu pung, mak aku ado pergnah jugok la nnogheh. Ddei jugak la aku gi ngikut dia gi nnogheh. Jamei ghitu lagi, maso tu mok aku paka lapu suluh hok ikat ddahi tuh. 

Pah tu ada jugok arwah spupu aku nnogheh, ghajeng juga aku ikut dia gi mmesing getah. Dia sughuh aku pusing mesing getah tu, mulo-mulo pusingei petamo tu ringei la lagi, hok keno ketigo keppat kali tu koho beghat la mesing tuh. Tok ghot la ngan gheng bodi aku maso ttuh. Kecik lagih. Kek nyah gak, maso dio juwa getah, dio bagi la seseing duo ngupah ko aku. Nyoho sangak ddoh aku maso ttuh. Gi bbeli slaluh gapo-gapo...ais keghing ko, cak kelat ko...kkebot la...

Hok aku duk pegei ttu la namo dio 'autumn leaves'. Seghupo denga betuk daun anggur pulak.

Lloo ni pung rumah aku duk mmatei tu jah lagi, tapi kebung getah tu tak dok belah mano doh, banyok doh duk keno tebei. Tak dok fungsi macei kebun getah doh. Gati nga banyok pokok lain doh. Ulei-ulei segha kayu ko, daung palah nok wak ttupak ko... adolah jugok lagih, buleh tehei caghi lagi la... Jamei ghitu ghajeng juga aku masuk caghi kayu api ddalei ttu... Banyok la buleh nyo... Time buwoh getak lughuh, ghajeng kutik wak mmain cokak. Ado juga ghajeng mmain pelago woh getah... :-)

Masa musing kemagha gak, gginilah daung tu lughuh... tapi banyok lagih. Banyok sangat daung getak lughuh. Ado setinggi sapa ke lutuk aku. Maso ttu la... Aku tok blawok, ni ghoyak hok sengoti nih. Kalu aku nok gi ghumah spupu aku gak, ambik jalei dekat.... lalu kot dalei jalei kebung getah ttu la... sajo jah jjalei seghek kaki, biya ttolok banyok daung getah tu... pah tuh sepak-sepak daung getah tuh... sukonyo masa ttu... Pahtu tak dok takut ggapo pung lalu kot hutei teba. Doh... duk beiso sokmo yak kkecik lagih. Kalih doh la, beiso sangat kalu nok ppaghok nga gapo-gapo gak, beiwok ko, che U ko, macei-macei la.... uuuh... stakat pacat tu... banyok ddo oh, tok leh nak bilei... duk jeka-jeka ado sokmo. Kalu hujei, lagi laa.... tok soh duk ghoyak la...

Telajak ceghito pulak, nok ghoyak nyo, daung getah tu banyak lughuh.... bila tengok daung musing lughuh ni lughuh, teringak la ko daung getak lughuh jamei ghitu.... hok aku mmain dulu...  aku kei duk kkapung... Tu jah point aku hok nok ghoyak ceghito nyoh....

Tu nyei segho takut oghei kato daghat tuh... mitok ma'ah la deh, tapi memei excited sangak ni.... sebak duk teringak jamei dulu, maso duk mmain ngan daun getah tu la.... :-)

Terima kasih buat my heart yang sedia melayan kerenah kebudak-budakan aku masa ni.... Entah bila aku akan lalui musim luruh ni lagi.... :-)
Posted by Picasa