Izinkan daku menulis, bercerita dan berbicara... Biarkan kisahku dan kisahmu saling melengkapi, menjadi warna-warni kehidupan yang mengukir memori indah, suka duka disepanjang hidup. Aku bukanlah seorang yang hebat, tapi aku punyai hati seperti kamu...
Total Pageviews
Tuesday, 26 January 2010
Friday, 1 January 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Mengimbas Kenangan :-
Berombongan dengan beberapa family mendaki 'Adelaide Hills' di petang tahun baru, ke salah-satu tempat di mana di sini bakal kami saksikan pemandangan sunset yang memukau mata yang memandang. Dari puncak ini juga mata kita dapat mejangkau pemandangan di sekitar bandar Adelaide. Aku pun dah lupa dah apa nama tempat ni. Aku pun hanya ikut belakang orang je. Ada yang sangat berminat untuk merakamkan detik-detik berlakunya sunset.
Suasana ketika ini....
Makan-makan tetap ada.
Cameraman tengah ready nak snap sunset nanti.
Kesian... aku hanya dapat tengok. Kamera aku bukannya tercanggih. Tapi pandangan dengan mata lagi menarik.
Tuesday, 15 December 2009
Christmas Party Invitation Album
Mengimbas Kenangan.....
Jika kita sebagai muslim dengan 'aidil fitri' yang diraikan, terasa kemeriahannya selepas 1 syawal sehingga ke 30 syawal, malah kadang-kadang ada yang terlajak juga membuat majlis hingga ke bulan zulkaedah kerana mengelak bertindih tarikh dengan majlis lain atau tidak berkesempatan masa. Tetapi tidak kurang juga meriahnya dari awal ramadhan hingga ke malam raya dengan majlis-majlis berbuka puasa, solat terawih juga jamuan moreh. Itu pada kita sebagai muslim juga pada budaya.
Apa yang aku tahu dari my english teacher, perayaan christmas pula meriahnya bermula pada sebulan sebelum tarikhnya sehinggalah ke petang hari terakhir yang disebut 'Christmas Eve'. Masa petang tu adalah program beraya bersama family, mungkin lebih kurang sama dengan perayaan 'Tahun Baru Cina' yang mengadakan 'makan besar' pada malam sebelumnya.
Tahun pertama aku di Australia, teacher aku menjemput semua pelajarnya ke christmas party ni. Mulanya aku menolak dengan baik, tapi aku dipujuk supaya boleh hadir. Malah boleh bawa kawan bersama dan makanan sendiri jika khuatir dengan makanan di sana. Jika begitu, aku terfikir nak ajak kawan Iraqi aku, Alaa yang memang berminat menghadirinya.
Menepati masa betul, kami termasuk dalam tetamu yang datang awal . So tunggulah ketibaan tetamu-tetamu lain lagi. Sementara tu, boleh lah tolong-tolong dia orang menyusun makanan atas meja. Lepas tu lepak.
Bersama Dalia....
Di hujung sekali tu adalah Margaret, salah seorang my english teacher dekat Findon Community Centre.
Yang ini pun salah seorang my english teacher juga. Aku pernah mengikuti kelasnya di Hamra Library Centre dan juga Findon Community Centre. Beberapa hari selepas ni dia akan balik ke India semula.
Suasana majlis....
Salah seorang rakan Indonesian, Lucy (PR sini).
Terima kasih kepada tuan rumah, teacher Jun yang mengadakan party ini. Aku telah jumpa dia sehari sebelum party berlangsung....
Tuesday, 8 December 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)