Total Pageviews

Tuesday, 15 December 2009

Christmas Party Invitation Album

Mengimbas Kenangan.....

Jika kita sebagai muslim dengan 'aidil fitri' yang diraikan, terasa kemeriahannya selepas 1 syawal sehingga ke 30 syawal, malah kadang-kadang ada yang terlajak juga membuat majlis hingga ke bulan zulkaedah kerana mengelak bertindih tarikh dengan majlis lain atau tidak berkesempatan masa. Tetapi tidak kurang juga meriahnya dari awal ramadhan hingga ke malam raya dengan majlis-majlis berbuka puasa, solat terawih juga jamuan moreh. Itu pada kita sebagai muslim juga pada budaya.
Apa yang aku tahu dari my english teacher, perayaan christmas pula meriahnya bermula  pada sebulan sebelum tarikhnya sehinggalah ke petang hari terakhir yang disebut 'Christmas Eve'. Masa petang tu adalah program beraya bersama family, mungkin lebih kurang sama dengan perayaan 'Tahun Baru Cina' yang mengadakan 'makan besar' pada malam sebelumnya.

Tahun pertama aku di Australia, teacher aku menjemput semua pelajarnya ke christmas party ni. Mulanya aku menolak dengan baik, tapi aku dipujuk supaya boleh hadir. Malah boleh bawa kawan bersama dan makanan sendiri jika khuatir dengan makanan di sana. Jika begitu, aku terfikir nak ajak kawan Iraqi aku, Alaa yang memang berminat menghadirinya.
 Menepati masa betul, kami termasuk dalam tetamu yang datang awal . So tunggulah ketibaan tetamu-tetamu lain lagi. Sementara tu, boleh lah tolong-tolong dia orang menyusun makanan atas meja. Lepas tu lepak.
 Bersama Dalia....
 
 
Di hujung sekali tu adalah Margaret, salah seorang my english teacher dekat Findon Community Centre.
 
Yang ini pun salah seorang my english teacher juga. Aku pernah mengikuti kelasnya di Hamra Library Centre dan juga Findon Community Centre. Beberapa hari selepas ni dia akan balik ke India semula.

Suasana majlis....
 
 
 
Salah seorang rakan Indonesian, Lucy (PR sini).
 
 
 
 
 Terima kasih kepada tuan rumah, teacher Jun yang mengadakan party ini. Aku telah jumpa dia sehari sebelum party berlangsung....

No comments:

Post a Comment