Total Pageviews

Friday, 19 November 2021

Ikan Masin Malong Goreng

 Assalamualaikum wbt... 

Sekian lama NS tak sempat menulis cerita di ruang ini. Cepatnya masa, rasanya baru je menulis, rupanya dah lama tak menyentuh diary ni. NS bukan nak meraih apa pun, cuma sekadar NS mendokumentasikan jalan cerita dari perjalanan kehidupan NS sahaja. Nanti besok2 boleh jadi sebagai kenangan. 

Jadi, sekiranya ada apa yang terkurang dan tidak menarik di hati pembaca yang terbaca kisah apa pun yang NS abadikan di ruang ini, harapnya tidaklah merendahkan NS ya. NS hanya insan biasa, cuma NS ada sekeping hati seperti kalian juga.

NS, pada Rabu tengah malam (malam khamis semalam) baru je balik dari Penang, selepas 5 hari 4 malam di sana, ikut hubby outstation. Masih kepenatan. Tengahari tadi terfikir nak makan nasi putih panas2 dengan ikan masin malong yang NS beli di pasar Chowrasta. Sebelum ni banyak kali bila masak ikan masin malong ni, NS masak gulai lengkuas. Tapi kali ni NS rasa nak goreng je.

Ikan masin malong goreng.... 

Cara masak yang ringkas tapi menyelerakan... 

Potongan ikan yang kecil2, mudah dimasak. NS basuh dulu ikan masin ni.

Sediakan potongan cili padi, cili hijau dan hirisan bawang besar.

Panaskan minyak dan goreng ikan malong hingga hampir garing.

Tolak ikan ke tepi dan goreng bawang serta cili seketika. Kemudian gaul semua sekali sebelum api dapur ditutup. 

NS perah limau nipis sedikit supaya ada rasa masam2 bagi mengimbangi rasa masin ikan ni.

Siap... ✌✌✌ Sedap dimakan bersama nasi putih panas2... Tak cukup nasi rasanya... 

Simple kan, cubalah... Sekian😃





No comments:

Post a Comment