Total Pageviews

Saturday 5 December 2020

Kway Teow Kungfu Lobster

 Assalamualaikum wbt... 

Menu NS kali ini bukanlah satu yang baharu. Serata ceruk rantau pun ada, especially kedai2 makan menu Thai. Cumanya NS masukkan satu versi yang sedikit berbeza. NS masukkan lobster ke dalam hidangan kway teow kungfu kali ini. 

NS sendiri pun jarang2 dapat menikmati lobster, apa tidaknya,,, semua pun tahu dengan harganya...☺️☺️☺️

Hubby NS membelinya dari lazada dengan harga offer. Inilah pertama kali kami beli lobster mentah☺️☺️.

Kway teow lobster versi NS

Bersesuaian dengan namanya kway teow kungfu lobster, sememangnya tiada lauk lain di dalamnya, tiada ayam, tiada sotong dan tiada udang melainkan lobster semata2 bersama sedikit sayur.

Bahan2 yang NS gunakan :

A. Bahan untuk kuah:
  1. 2 ekor lobster (di rebus seketika)
  2. Separuh biji bawang besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. Sedikit white pepper powder
  5. Serbuk stock ayam 
  6. 3 sudu makan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  7. Sedikit garam
  8. Carrot
  9. Brokoli
  10. Putik jagung
  11. Cili merah
  12. Bok choy
  13. Sedikit minyak untuk menumis
  14. Air secukupnya
B. Bahan utk kway teow :
  1. Sepeket kecil kway teow (utk 4 - 5 orang)
  2. Sebiji telur
  3. White pepper powder
  4. Sedikit garam
Cara NS masak kuah :
  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumiskan bawang merah dan putih hingga hampir garing. 
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Masukkan sayur ikut turutan yg mana lambat lembut dulu, spt carrot, kemudian putik jagung dikuti brokoli dan akhirnya cili merah serta bok choy. Rasakan biar secukup rasa.
  5. Sekejap kemudian selepas masukkan sayur bok choy, masukkan tepung jagung yg dibancuh awalnya dengan air suhu biasa. 
  6. Kacau sebati dan bolehla tutup api.
Cara NS goreng kway teow :
  1. Pecahkan telur, masukan sedikit garam dan serbuk white pepper. Kacau sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak (dalam 4 ke 5 sudu mkn) dalam kuali.
  3. Ambil anggaran satu portion kway teow utk setiap orang makan, curahkan sedikit telur padanya dan gaul. 
  4. Goreng kway teow hingga kekuningan atau golden atau mengikut tahap kegaringan kesukaan masing2. 
  5. Terbalikkan. Dah masak angkat.
  6. Siap untuk dihidangkan.
## NS letak kway teow dalam pinggan dalam atau mangkuk, kuah dan sayur serta letakkan lobster yg telah di belah dua. Sesimple tanpa hiasan tambahan. Seringkas mungkin.✌️😄
NS hanya rebus kosong sahaja lobsternya.


.... Dan di belah dua...

Kuah untuk kway teow

Kway teow yang telah di goreng.

Sesimple, secukup dan sesedap rasa.
Alhamdulillah... Terima kasih...✌️✌️✌️



1 comment: