Total Pageviews

Thursday 25 August 2016

Trip Outstation Negeri Utara Day 1

Day 1 : Perjalanan.........Ikut Mr. Hubby outstation ke 4 buah negeri iaitu Perak, Penang, Kedah dan Perlis.

Bertolak jam 5.30am. Bersarapan di Persiaran Tun Perak Ipoh... hampir sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak, tempat lawatan pertama.
Nasi lemak lauk paru
Mee goreng
Qais yang belum mandi...
Selepas mandi di masjid singgah tadi. Tengah 'membuwas' dalam kereta.

Di sebabkan kami belum lagi lunch walaupun petang menghampiri, selepas je Hubby habis meeting dengan student praktikalnya, kami singgah di satu restoran dalam perjalanan. Kami singgah di restoran 'Bangkok Station'. Dengar pada namanya pun dah tahu tentunya menu masakan Siam.
Nasi goreng USA for hubby
Aku memesan sup ekor dan nasi putih.
Udang celup tepung.
Dish kami
Qais yang ceria
Tidak banyak kerenah masa kami makan
Lepak2 jap sementara menunggu hujan yang lebat beserta angin yang kuat reda. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Penang untuk penginapan malam itu.
bestnya dapat landing dan 'betulkan urat' orang sebut...
Keadaan bilik sederhana
Pemandangan dari bilik penginapan tingkat 15 NEO Hotel.

Disebab kan malam tu dah tak larat sangat dah untuk keluar, lebih2 lagi cuaca pun hujan renyai, rasa makin malas untuk keluar cari makan. Order je room service yang simple2.
Mushroom soup with garlic bread. Pelik pulak sebab bread tu dah terendam dalam sup.
Char kway teow.

Bersambung hari ke- 2.....


No comments:

Post a Comment