Total Pageviews

Wednesday 28 January 2015

Kraf Tangan di Apple, Quilting @ Apple

Ketika dalam kerajinan belajar suatu ketika dahulu, balik dari sekolah, lupakan stress dengan segala tugasan, dalam ketelitian mungkin terselit kedamaian dek kerana kekhusyukkan yang ada... Kenangan projek @ Apple yang berjaya disiapkan masih dalam koleksi ku....
Sebulan tu kira cepatlah jika dapat menyiapkan 2 projek. Membelek satu persatu, memotong satu persatu, menggosok, menampal dengan gam, menekap corak, menggunting, jahitan tekap sorok... semuanya perlukan kesabaran dan kehalusan dalam menyiapkan semua kraf ini... 

Antara sukatan pada tahun itu yang berjaya aku siapkan ialah :-
Rumah sebagai tempat mengisi majalah-majalah atau bahan bacaan di ruang tamu.
Pandangan sisi
Projek hiasan gantung, flower basket gitu
Nampak macam 3D jika dilihat pada jarak dekat, kaedah quilt diguna pakai.
Tudung saji. Aku dah pakai sekarang sebab bila fikir, jika asyik nak simpan bertahun-tahun pun tak ada gunanya juga sebab tiada fungsi pulak jadinya.
Membuat kelopak dan kuntum bunga ni pun sudah mengambil masa berhari-hari.
Bunga matahari kecil
Ini sarung bantal untuk hiasan pada sofa... Sarungnya aje ni, bantalnya belum ada yang ngam. Ya lah sebab tak cari pun...
Bunga dan daun tu dibuat sekeping-sekeping, lepas tu gamkan pada kertas pengeras, tampal serta ironkan dia, kemudian jahitkan pada kain tu... uhuhu... banyak peringkat proses menyiapkannya. Bila dah siap tu, puas hati sangat bila tengok hasil tangan kita kan.
Ini pula alas meja bulat kecil. 
Proses nak menyiapkannya hampir sama. Hasilkan bunga dan daunnya dulu, lepas tu jahitkan pada tepi-tepi alas meja tu. Meralit buat ni tau, sampai lenguh-lenguh urat leher tu nanti.
Nak menyiapkan semua ni memakan masa berbulan-bulan jika dalam part time. Full time aku tak pasti la pulak. Semestinya lagi cepatlah... semimggu mungkin. Cuma ada 2 ke 3 projek lagi yang belum sempat aku buat. Kad keahlian belajar dah lama luput. Nak memperbaharuinya pun takut tak berbaloi untuk aku kini, dalam rm300 juga tu... ermmm nantilah...


No comments:

Post a Comment