Total Pageviews

Tuesday 25 February 2014

Kepala Ikan Mayung@Gulai Lengkuas

Ermm.... dah lama benar aku tak masak gulai lengkuas kepala ikan Mayung ni... ikan mayung dlm loghat Kelantan sebutannya adalah ikan 'maya/mayo' bunyinya... fikir aku dari rupa bentuknya aku kira ia adalah sama. Yang pasti bila aku makan, rasanya pun sama. 
Kepala ikan mayo masak lengkuas.... 

Tak jauh dari kawasan tempat aku tinggal ni ada pasar minggu. Kadang-kadang terasa rajin nak ke pasar  pagi yang aku panggil dia 'pasar jumaat'. Pasar ini beroperasi seminggu sekali pada pagi jumaat hingga ke tengaharinya. Sebab itu lah aku sebut dia sebagai pasar jumaat. 

Dah namanya pasar pagi, banyak pilihan yang ada. Tapi satu benda yang aku tak puas hati ialah pasal lauk pauk mentah yang diniagakan di sini... tinggi sikit harganya. Ini berdasarkan bila aku bandingkan harganya dengan satu pasaraya iaitu NSK, yang mana aku lebih suka membeli lauk pauk di sana. Nak kata kat pasar jumaat tu lagi fresh, tak ada lah sangat, biasa-biasa je....

Jadi kelmarin, masa aku ke NSK ni, kebetulan masa melalui kawasan lauk mentah ni, terpandang lah dekat beberapa keping kepala ikan mayung ni. Sekilo dengan harga rm9.90, aku kira harganya ok je. Berkebetulan tengah cari juga idea, nak masak apa untuk petang nanti. Jadi bila terpandang je kepala ikan ni, terus berangan nak masak gulai lengkuas. Resepi ini resepi kampung yang aku belajar secara semulajadi (kerap perhati) dari mak aku masa di alam sekolah menengah dulu-dulu... :-)

So di sini bolehlah aku nak abadikan juga sharekan apa yang aku pakai simple-simple untuk masak kepala ikan mayung ni.. 

Bahan-bahan yang aku pakai:-
  1. Satu kepala ikan mayung yang dah dibelah dua.
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 inci lengkuas
  5. 1 inci kunyit (boleh pakai 1 sudu besar serbuk kunyit)
  6. 2 sudu besar cili boh (boleh pakai cili kering blender)
  7. 1/2 liter santan sederhana pekat
  8. 2 keping asam keping
  9. Garam secukup rasa
  10. Sedikit gula
Kepala ikan yang direndam dengan air perahan asam limau.
Kepala ikan yang telah dibersihkan. 

Cara-cara masak :-
  1. Macam basic permulaan, bersihkanlah kepala ikan. Aku rendam kejap dalam air yang diperah dengan 2 biji limau nipis. Bagi kurang sikit bau hanyirnya. 
  2. Ada satu cara klasik, ikan diperap dengan garam selama sekurang-kurang sehingga esoknya sebelum dimasak... aroma nya nanti kuat macam ala busuk sikit tapi best... 
  3. Blendkan bawang merah, putih, lengkuas dan kunyit. Jika pakai ciki kering blendkan kan lah sekali. Nak sedap lagi kena tumbuk semua tu pakai lesung. Itu rahsia kesedapan masakan orang dulu-dulu. 
  4. Masukkan bahan kisar serta santan ke periuk. Mula pasangkan api sedarhana. Kacau sentiasa sehingga mula mendidih.
  5. Perlahankan api dan masukkan kepala ikan ke kuah.
  6. Masukkan asam, garam dan gula serta sesuaikan rasa. Dalam 10 minit isi ikan dah masak dah.... atau hingga kuah pecah minyak. Siap lah.... 
Kuah perlu dikacau sehingga mendidih.
Hidangan bersama ulam pegaga juga budu tempoyak... 
Menyejukkan anak tekak dengan homemade laici kang selepas makan.... 
Try-try la cuba.... :-)

2 comments:

  1. Replies
    1. Masak sesekali je Is :-) ... masak menu kampung... cara masak kat sana lagi meriah dan lagi rajin masuk dapur.... :-)

      Delete