Total Pageviews

Monday 23 December 2013

Taman Daya Maju, Meru Retreat @ Family Day 2013 Di Janda Baik

Perancangan yang julung-julung kalinya berjaya diteruskan dan berjalan lancar dengan jayanya. Sejak terbinanya TDM beberapa tahun dahulu, seingat aku, setiap tahun pasti ada saja program hari keluarga bagi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju (TDM) diselitkan dalam kalendar tahunan. Namun setiap kali hampirnya dengan tarikh yang dirancangkan, ada saja halangannya atau pembatalan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

Nah, kali ini setelah beberapa tahun asyik terbatal, akhirnya kali ini, pada 30 November hingga 1 Disember 2013, trip dan percutian dua hari satu malam ke Janda Baik telah berjaya mendapat sambutan juga sekalipun dalam bilanngan yang kecil. Hanya 10 family yang dapat menyertai. Namun setiap individu kelihatan ceria dan begitu exited dengan trip yang bakal berjalan.

******************** Hari Pertama ********************
9 dari 10 family yang bakal memulakan perjalanan dalam jam 10.30 pagi. 1 family lagi tidak dapat bertolak bersama-sama rombongan atas hal tertentu, tetapi pasti muncul ke destinasi pada petang nanti.
Keceriaan bermula... Sedondong dengan tempahan t-shirt khusus untuk trip kali ini....
10 family, 10 kereta... akan konvoi nanti dan kereta kami berada di giliran ke-5. Best betul ni... Perjalanan bermula jam 10.45 lebih kurang....
Tidak mengambil masa yang lama... dalam kira-kira sejam setengah, kami sampai ke destinasi.... sejuk mata memandang, sesejuk dan sesegar udara di bukit ini.... 
Penginapan rombongan kami adalah di Centella Asiatica Resort yang bersempena dengan nama saintifik bagi ulam pegaga.... Sangka ku tentunya pegaga banyak ditanam di sini oleh pengusaha resort ini.
Nun diseberang jalan, kelihatan durian yang sedang lebat berbuah. 

Bilik yang aku dapat....
Ini kategori bilik penginapan paling kecil. Rm140 pernight. Namun lengkap dengan segala kemudahan seperti small fridge, kettle dan complimentary tea and coffee, air-cond dan heater serta water heater. Termasuk juga set asas seperti towel serta sabun mandi. Boleh katakan ada set yang lengkap jugalah. Bagi yang berahli ramai, kena lah tambah kos sikit lagi kerana chalet yang mereka dapat pun lagi besar. 
Berkebetulan chalet yang aku dapat tu, berdepan saja dengan dewan makan, pusat untuk kami berkumpul setiap kali beraktiviti nanti. Nampaknya macam tempat itu dah berada ditangan kami. Pengujung lain dah tak berani ke situ. Seolah kami yang cop dulu...
Dewan makan yang sederhana dan selesa.
Pandangan luar chaletku.
Berada di antara dewan makan juga chaletku.
Surau terbuka yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Suasana di dewan makan ketika berkumpul di awal ketibaan. 
Sampai di Resort ni pun dah tengahari, jadi tentunya perut masing-masing minta diisi. Persiapan secara gotong-royong. Lauk-pauk juga dibawa secara pot luck. 
Hidangan tengahari. Ini pinggan aku yang mana tak semua lauk di cedok sekalipun kelihatan sedap-sedap kesemuanya.

Sehabis makan tengahari dan berkemas, masing-masing memulakan aktiviti. Lebih-lebih lagi anak-anak yang begitu excited untuk turun ke anak sungai dan mandi. Tak kurang juga para ibu dan bapa yang turut teruja untuk bermain air. 
 Bermandi-manda di anak sungai.

Selepas berpuas hati mandi di sini, tanpa menghiraukan badan yang menggigil sejuk, beramai-ramai pula menuju ke tasik buatan untuk bermain rakit juga perahu yang disediakan. Tasik ini hanya dalam 100 meter saja dari anak sungai tadi....
 Tidak dalam tetapi berlumpur. Keceriaan sesungguhnya terserlah, siap main lumba-lumba rakit lagi... budak-budak dan mak bapak budak dah tak dapat dibezakan dah masa ni.... ha ha ha... 
 Bermain hingga penat dan lenguh sendi tulang semuanya. Kemeriahan yang jarang dilalui.

Selepas masing-masing membersihkan diri dan berehat seketika, BBQ sedia dimulakan sebaik saja selepas maghrib. Persediaan pastinya dilakukan oleh kaum bapa....
 Antara bahan BBQ... ikan pun ada disediakan, tapi paling lambat dikeluarkan... dah lupa dah nak snap gambar.
Ingatkan tak cukup, rupanya tak berhabisan. Masing-masing yang kepenatan beredar untuk beradu awal. Awal-awal pun hampir jam 11 malam juga, mungkin dek kerana kepenatan petang tadi. Semasa aku berjalan meninggalkan dewan makan tadi, masih ada sekumpulan kaum bapa yang masih berada di situ, menonton movie yang dipancarkan di skrin besar. Hebat juga tempat ni menyediakan skrin besar untuk kepuasan pengunjung menonton. 

*************************** Hari Kedua *************************

Bersiar-siar melihat suasana di sekitar resort..... menghirup udara pagi tanah tinggi yang nyaman dan segar. Teringat pada kampungku yang sememangnya kampung.
Ini adalah buah markisa, baru aku tahu, begini rupa pokoknya..... menjalar. Nama lain buah ini adalah Passion fruit atau ada yang memanggilnya dengan nama buah susu, malah lagi hebat dalam loghat kawan aku, dia memberitahu kami, nama buah ini ialah 'buah pelir kambing'. Sorry.... ketika dia bagitau pun, kami semua dah amat geli hati dan tergelak.....
Keindahan ciptaan Allah Subhanahu wa ta'ala.....

Dalam bersiar-siar disekitar kawasan, belum ada satu pun aku terpandangkan seurat pegaga apa lagi serumpun. Jadi mungkin tercatitnya nama Centella Asiatica itu bukan sebab bersempena dengan banyaknya pegaga di situ. Mungkin saja letak-letak. Yang banyak berumpun-rumpun di sekitar kawasan yang aku tengok ialah bunga kantan. Sangat banyak dan seolah terbiar berkembang dan memburuk, jatuh ke bumi tetapi tidak dibenarkan pengunjung mengusiknya.
 
Puas meronda kawasan, aku kembali ke dewan makan bagi sama-sama menyediakan sarapan. Ramai dah pembantu dapurnya. Ketua chef memang cekap. Kebetulan dapat chalet yang ada di sebelahnya segala peralatan memasak dan dapur. So senang cerita. 
Ceria berbaju labuh biru.... senyuman seorang pakar memasak..... 

Mastautin kami tidak lama... seawal jam 11.00 pagi, setiap family mula berkemas kerana kami akan check out pada jam 12 tengahari. 

Terasa terlalu pendek masa kami di sini namun padat terisi dan penuh dengan keceriaan dengan semangat kejiranan dan perasaan muhibbah. Kami bersurai setelah selesai ucapan ringkas dari Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju, Meru dengan azam agar masih ada lagi peluang seperti ini dianjurkan pada setiap tahun. InsyaAllah... 


4 comments:

  1. Assalamualaikum puan sy nk tanya lauk yg puan buat untuk suami kena frozenkan ke letak dekat peti yang bawah je?kalau frozen ayam masak merah sebulan tahan tak?pakai plastik biasa je ke@ada plastik khas?hehe t.kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan sy nk tanya lauk yg puan buat untuk suami kena frozenkan ke letak dekat peti yang bawah je?kalau frozen ayam masak merah sebulan tahan tak?pakai plastik biasa je ke@ada plastik khas?hehe t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt saudari yg bertanya. Terima kasih sudi singgah. Saya pun lupa dah tajuk yg saya tulis ttg lauk frozen ni. Hehe tapi tak apa, suka je saudari bertanya.
      Apa2 lauk yg saya buat utk bekalkan dlm masa yg lama tentu saya letak di freezer. Bekukan dan hanya akan dikeluarkan beberapa jam sebelum plan nak mkn untuk dipanaskan kembali. Jika ayam masak merah, pd pandangan saya boleh tahan hingga setahun pun. InsyaAllah. Saya pakai plastik biasa yg tahan panas tu... hehe... sama2.

      Delete
    2. Waalaikumussalam wbt saudari yg bertanya. Terima kasih sudi singgah. Saya pun lupa dah tajuk yg saya tulis ttg lauk frozen ni. Hehe tapi tak apa, suka je saudari bertanya.
      Apa2 lauk yg saya buat utk bekalkan dlm masa yg lama tentu saya letak di freezer. Bekukan dan hanya akan dikeluarkan beberapa jam sebelum plan nak mkn untuk dipanaskan kembali. Jika ayam masak merah, pd pandangan saya boleh tahan hingga setahun pun. InsyaAllah. Saya pakai plastik biasa yg tahan panas tu... hehe... sama2.

      Delete