Total Pageviews

Monday 2 December 2013

Restoran Mohd Chan Abdullah

Percubaan baru bagi aku yang belum pernah mencuba makan di sini. Orang lain tahu dah, kira muak dah kot makan kat sini. Tak kisahlah, janji suka. Dulu tak ada dekat-dekat kawasan aku ni. Balik-balik banyaknya tempat-tempat baru yang baru dan akan dibuka.

Masa baru-baru balik ritu kan tak masak. Langsung tak masak dua tiga minggu, masak air je lah. Masa tulah kuat meronda intai-intai cari makan. Ini pula cadangan dari Mr. hubby. Cerita ni dah berlalu dalam dua bulan lepas dah, baru rasa nak bercerita. Minggu lepas ada kawan aku yang balik bercuti dari Adelaide telepon tiba-tiba bagitau nak jumpa. Malam tu, masa on the way ke rumah aku, dia terpandang pada restoran ni. Dia tanya samada aku dah pergi ke belum. Memang aku dah merasa makan kat situ. Satu kegembiraan bagi dia jika dapat ke situ. Apa salahnya aku pun nak share pengalaman yang seco'et menjamu selera di situ.
 
Restoran yang menyediakan masakan cina muslim. Salah satu cawangannya terletak di Jalan Meru (Klang Sentral) Meru. Alamat penuhnya ialah :-
23 -25, Jalan KS 10/KU5,
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja, Meru 41050,
Klang, Selangor.

Beberapa cawangan restoran ini.

Ruang yang luas dan selesa. Meja-meja yang di atur di dalam dan di luar restoran.
 
Dalam pertama kali meneliti senarai menu yang tersedia, buntu juga sebenarnya apa yang nak dicuba untuk hari tu. Dalam kepala tu, "mahalnya harga.... mana menu yang murah ni..." Padahal normal je sebenarnya. Itukan tentu mengambil kira segala kos dah. 

Entry pilihan yang sekian lama dirindui.... 'Shark Fin Soup'. Kerana ada yang inilah yang membuatkan hubby mencadangkan makan di sini. Dah tahu kesukaanku....

Thank you.... Soup ini dipesan dalam mangkuk yang kecil. Tapi itupun dah boleh dimakan oleh 4 orang dah. Harganya Rm20. Jika yang mangkuk besar, harganya ialah Rm38.


Pilihan hubby.... 'Nasi Itik Panggang' berharga Rm7.50.

Itik panggang...

 
Pilihan aku... 'Penang Char Kuey Teow'.... Berharga Rm6. Macam lain sikit dari dalam gambar kan... Udang sekor je berbanding 2 ekor dalam gambar dan ada bahan tambahan yang tak ada.... tak aci la gini.... :-(

Ini kira pilih menu yang murah la ni... Jom tengok minuman pulak... antaranya....


Tea bunga tu berharga Rm2.50 manakala sirap bandung cincau tu berharga Rm3.90... Cuba perhatikan dalam senarai minuman tu, mana-mana minuman yang tepi kirinya ada lambang bagus tu adalah yang special kat sini.

Ketam goreng telur masin berharga RM38.

Ha... menu ini diorder bukan pada hari yang sama. Ini kira kali kedua. Saja nak meratah-ratah. Bila diminta pandangan dari salah seorang staffnya, dia mencadangkan menu ketam goreng telur masin ni. Tiada nasi yang aku order kerana sengaja nak meratah ketam ni saja dan tentunya akan ambik masa yang lama.
Jus special juga, jus kedondong asam boi dan juga air longan gelas medium yang mana kedua-duanya pun berharga RM3.90.

Masa kali ke 3 datang..... juga hanya meratah....
Butter prawn RM25.
Udang besar sebanyak 10 ekor tersembunyi di sebalik rumbu-rumbu mentega ni.
"Shang Ha" kantonis yee mee, bersaiz kecil berharga RM18. Panggilan lain 'mee udang'. Sekadar mencuba dan hidangan ini juga tidak mengecewakan aku. Dalam kuahnya aku temui kepingan-kepingan halia yang segar.

Rasa yang memuaskan dan dicadangkan untuk datang oleh penggemar-penggemar masakan cina macam aku ni. Selamat berkunjung.....

 Posted by Picasa

2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana menyinggah... :-) buleh la mencuba... insyaAllah sedap juga...

      Delete