Total Pageviews

Wednesday, 17 April 2013

My Favourite Collections - English Style Decoration

Suatu ketika dulu, aku minat sangat pada koleksi hiasan, cara hias dan hiasan yang bermotifkan timur tengah. Aku suka pada ukiran ayat-ayat al-quran pada dinding kayu atau bidai pemisah antara ruang. Aku suka ukiran dan corak ala arab yang terpapar juga di dinding. Pada masjid misalnya. Aku suka warna-warna keemasan. Aku suka dengan kilauan biasan lampu chandelier cantik tergantung di tengah-tengah ruang. Aku suka barangan berkilau seperti kendi atau cerek air yang orang bawa balik dari Mekah. Hingga aku suka juga kepada bekas cantik yang orang arab pakai untuk merokok tu, lupa dah aku apa yang sepatutnya aku namakan dia, oh ya.... orang panggil 'shisha', sorry padahal aku dah pernah try sekali dalam dua tiga kali sedut di rumah kawan aku yang berbangsa Iraq, tak salah kan....terkejut ke...? Aku pernah menyimpan hasrat untuk menghiasi seluruh ruang rumahku dengan hiasan ala timur tengah. 
Shisha ( gambar dari Mr Google)

Banyak sangat berangan tapi aku sebenarnya akur, mana aku nak dapat semua tu jika tiada ongkos untuk membelinya. Maka angan-angan itu aku simpan saja dalam koleksi cerita impiannku. 

Lepas tu.... lepas satu.... satu..... aku melihat koleksi majalah yang memaparkan pelbagai corak hiasan dalaman. Susah untuk mencari yang bermotifkan ala timur tengah ni. Tapi aku ada pilihan kedua. Corak hiasan gaya inggeris country style. Walau pun setengah orang tak suka sebab nampak berserabut tapi aku tetap juga suka. Minat setiap orang kan lain-lain....

Dalam masa aku bermukim sementara di Adelaide ni, ada pula peluang aku mencari banyak barangan second hand, apa lagi dengan harganya yang murah-murah (yang mahal aku tak belilah), aku rasa aku dapat merealisasikan impian aku yang terangan-angan dan tersimpan selama ini. Apa saja yang aku tertarik dengan harga yang patut, aku cuba dapatkan. Dah minat dan ada pula peluang, tak hirau apa orang nak kata... itu macam sampah ke, tapi itulah minat aku kan.... Bolehlah aku start kumpul koleksi.... 

Antara yang aku kumpul... antaranya saja tau, aku tak tunjukkan semua... setengahnya dah packing masa ambik snap ni...
Koleksi majalah country style.
Nampak gaya english.... no worries if tak ori pun...
 Motif bungaan atau buahan hingga pada pinggan mangkuk.
Pada meja makan kecil aku....
Masa aku masukkan gambar ni....almari hampir antique aku tu dah terjual melalui Gumtree....
Sebahagian koleksi rak....
Kerusi kesayangan aku ni adalah pemberian landlord aku masa mula-mula masuk rumah ni dulu, sarung kusyennya berwarna plain dark blue. Bila aku jumpa kain perca ni kat kedai second hand dan murah, aku cantumkan dan jahit buat sarung kusyen ni....
Serabut sangat ke....? Gambar atas sebelah kanan tu, adalah dua bekas penggantung toilet paper. Salah satu yang berbunga-bunga tu, aku jahit sendiri.
Lepas tu ada lagi lebihan kain perca tu, tak nak bazirkan, dan bakinya aku buatkan ala-ala table coaster ni... saja-saja hobi....

 Bila diletakkan bersama, kiranya dah jadi macam satu set la ni.....
Yang ini pun aku jahitkan satu lagi untuk salah seorang teman rapat kat sini sebagai simple birthday gift setelah tahu dia amat berminat dengannya. Nampaknya kami berkongsi minat yang sama, memang pun...
Bed spread
Patch work, aku dah kumpul beberapa, amat aku suka.
Hingga kepada benda-benda gini, sorry sebab dulu-dulu aku tak dapat main ngan semua ni.... :-)
Kotak sebegini pun aku suka. 
Berangan sangat  pun ya jugak aku ni. Apa salahnya dengan hobi, asal tidak melanggar hukum, tidak menganggu atau menyusahkan orang. Asal kita selesa, sedap mata melihat, sejuk hati berada dalam suasana yang kita suka. Bukan menunjuk tapi ingin mengongsi jika ada mereka yang mempunyai minat yang sama. 

Tuesday, 16 April 2013

Tetamu Ku & Kedai Kopi Vili's

Kedai kopi vili's dan sesi jalan-jalan

Allah membawakan rahmat lagi ke rumah kami. Selang kira-kira sebulan sahaja dari masa sebelum ini, aku sekali lagi dikunjungi oleh tetamu yang menjadi idola dan penasihat kepada my hubby. Happy benar dia bila mendapat khabar yang penasihat PhD nya bakal mengunjungi Adelaide dan akan homestay di rumah kami. Ya lah, tengah duk serabut minda dan perasaan dengan tugas menulis di bulan-bulan terakhir pengajiannya ini, tenanglah sikit bila dapat mendengar sepatah dua nasihat dan pandangan dari penasihat yang menjadi idolanya sejak awal-awal musim tiba di Adelaide hampir 4 tahun dulu. Secara berdepan dan bukannya melalui talian online.
 
Atas permintaan dari Dr Awang sendiri yang merupakan peminat kopi, tak mahu disediakan apa-apa sarapan pagi selepas menyambutnya dari airport, kami terus bawa dia ke kedai kopi kegemaran, vili's yang dirindui sekian lama, mungkinlah. Setahu aku kedai kopi vili's ni agak terkenal di Adelaide, kekadang menjadi tempat kunjungan kalangan Malaysian yang ingin bersembang sesekali, ada namalah kiranya dan jika tak silap aku ia beroperasi 24 jam. Tapi bagi aku sendiri, baru inilah pertama kali aku minum di sini :-).

Dr Awang ni simple saja orangnya, tak suka makan tapi amat suka disediakan kopi. Jika dah cakap tak nak makan, jangan bazirkan masa, ikut sahaja cakapnya. Aku dah maklum sangat sikapnya yang ini. 

Hanya sembang pagi dan mengalas perut dengan se mug kopi cappucino sahaja. Tapi mug ini berisi 'chai latte' yang aku punya... :-)...

Hubby telah melapangkan jadualnya hari minggu ini (selalu akan ke Uni) untuk penasihat terhormatnya. Hanya singgah sekejap di rumah menyimpan barang dan terus ke 'Adelaide Hills'.

Sebagai syarat lawatan ke sini kerana musim memetik epal kembali lagi.

Pink apple

Greean apple 

Jom layan lagi pictures ni....

Tengok abahnya senyum...teringat pada Luqman Hakim, anaknya ...
 
 
 

Tak lama pun berada di sini, bagai dikata tadi, hanya sebagai syarat lawatan dan petik apple yang hanya ready dipetik pada musim luruh. Yang penting dapat rakam lagi kenangan untuk isterinya kat Malaysia yang tidak dapat datang bersamanya kali ini.

Pembayaran.... dari pandangan aku, pak cik ini masih sihat dan tetap sama seperti dua tiga tahun sebelum ini juga. Menguruskan jualan hanya seorang diri, tidak pernah aku lihat ada yang membantunya.
 

Aku dan hubby bolehlah datang lagi selepas ini, ini kira sesi bersama tetamu...

Teruskan lagi perjalanan, biasanya ke Hahndorf lah... (ala-ala bandar Jerman)
 
 

Sehingga ke waktu rehat sebentar untuk makan ringan dan solat zohor...
 
 
Hanya beberapa snap pemandangan di Hanhdorf . Tapi kami lebih fokuskan kepada melihat perubahan dedaun musim luruh ini.








Destinasi akhir ke rumah seorang sahabat. Kenalah bawa ke sini, sahabat ni punyai satu hobi yang sama dengan dia, hobi selepas makan, :-).... pastu aku tengok rambut pun dah ada lebih kurang sama juga.... ikal mayang...

Posted by Picasa

Saturday, 13 April 2013

Kuih Bakar Durian

Bila aku mencuba......
Baru-baru ni aku ada terjumpa dengan tidak sengaja mencari.... dekat satu 'garage sale'....dan terus aku terpikat pada satu pembakar juga mini grill or oven... mungkin serba guna juga fungsinya. Mungkin pernah aku jumpa sebelum ni sebab benda ni macam biasa saja, tapi masa itu mungkin belum terpikat. Pernah juga sebelum ini aku batalkan niat membelinya apabila harga yang ditawarkan agak tinggi bagi aku. Kali ini dengan harga yang dipersetujui, jadi juga aku membelinya.

Sebelum ni keinginan untuk mencuba membuat kuih atau sebarang jenis kek selalunya terbantut kerana ketidak berfungsian oven pada dapur aku. Nak bakar sekeping doh pizza pun tak masak. Kali ini aku seolah bersemangat untuk mecuba dengan mini oven pelbagai guna ni.... walau pun saiznya terhad....
Kuih bakar berperasa durian

Kuih pertama yang aku cuba adalah kuih bakar pandan kerana resepinya dan cara membuatnya teramatlah simplenya. Alhamdulillah menjadi.... Tetapi tiada pula aku teringat untuk snap gambar hasil pertama percubaan dengan oven kecil ini. Cuma yang ada ini entah kali ke berapa dah cubaan aku tapi versi perisa durian ini adalah kali kedua....dan ini yang aku bakarnya pagi tadi.... 

Ramai sangat dah kekawan aku yang pakar dalam membuat kuih bakar ini tapi saja aku nak abadikan resepi yang aku adunkan untuk kuih ini dengan versi aku sendirilah. 

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. 1 1/2 cawan tepung gandum
  2. 1 - 1 1/4 cawan gula (ikut suka nak manis)
  3. 1 tin santan (2 cawan)
  4. 2 - 3 biji telur
  5. 1 ulas isi durian
  6. 1 sudu besar mentega
  7. Sedikit bijan yang aku sangai 
  8. secubit garam
  9. Sedikit pewarna kuning (untuk warna durian)
  10. Sedikit minyak untuk menyapu dulang pembakar.
# Aku memakai sukatan ini kerana memadai dengan ukuran dulang pada avon mini yang sedia ada di situ.

Cara yang aku buat :-
  1. Bijan disangai (aku telah cuba buat yang tanpa sangai, tapi tidak garing kerana menggunakan oven mini ini).
  2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.
  3. Dengan menggunakan stick blender aku blend kan semuanya atau sebatikan semuanya (boleh juga guna blender)
  4. Masukkan adunan ke dulang yang telah disapu minyak dan taburkan bijan ke serata permukaan adunan.
  5. Bakar selama lebih kurang 50 minit atau sehingga nampak garing. 
# Sorry sebab oven mini aku tu tiada penanda suhu, jadi aku tekan saja masanya untuk 50 minit.
 
Selepas keluar dari mini oven putih belakang sana tu....

InsyaAllah lepas ni akan ada lagi ujikaji-ujikaji yang bakal aku buat selagi mini oven ni tak buat hal.... :-)
Hihihi..... kebetulan pula masa 1 April lepas, masa tengah bake kuih bakar pandan buat pertama kali, Mak Tok singgah secara terjah ke rumah aku. Jadi kira langkah kanan la masa tu untuk minum petang. Apalagi bila ada Kak has sebagai orang yang pakar dalam menu kuih bakar ni telah mencuba dan memberi komennya untuk kuihku masa tu..... :-) Terima kasih....