Total Pageviews

Thursday, 14 June 2012

TurKey Breast Roast


Salah satu produk halal yang di pasarkan dalam supermarket sini. Turkey breast memang agak mahal. Aku telah beberapa kali ke bahagian letaknya ini semata-mata nak menatap saja. Dan setiap kali itulah hati ku berkata, "mahalnya... bila la aku dapat rasa...". Kebetulan ada offer hari tu, membuatkan aku terambil juga dek kerana ada perasaan ingin merasa daging ayam turkey ini. Harga offernya daripada aud20 turun kepada aud 16.50 untuk sekilo. Aku rasa tak akan ada yang lagi rendah harganya. 

Dagingnya telah siap sedia diperap dan difrozenkan, tinggal saja aku kena defroskan dan bakar sahaja. Lama juga masa untuk membakarnya. Walau pun di arahkan membakarnya selama 1 jam 15 minit, tetapi aku rasa masa yang aku ambil hampir 2 jam. Mungkinlah kerana ia harus ditutup dengan aluminium foil dahulu. Apabila hampir masak, barulah aluminium itu dibuka supaya dia dapat  dihanguskan sikit. Lepas tu saja aku letakkan black pepper dan menyapu sedikit minyak zaitun padanya. Bimbang di tengahnya belum masak, aku belahkan tengahnya agar haba senang menyerap.
 

Bila dah masak, slicekan dan sudah boleh dihidangkan panas-panas. Menurut catatan pada kotaknya, hidangan ini sepatutnya untuk 5 orang. Memangla kan, aku pun tak mampu nak habiskan dengan sekali makan. Boleh di simpan lagi. Nak potong bakar separuh-separuh, rasa macam rugi eletrik pula disebabkan lamanya masa yang diambil untuk dia masak.

Bagi meghilangkan muak bila makan turkey ni, sertakan salad dalam hidangan. Ini adalah salad campur dengan tambahan buah zaitun hitam serta fetta cheese disiram sedikit salad dressing.

Selera dan sedap di makan dengan nasi putih panas-panas. Boleh dicuba sekali-sekala.
Posted by Picasa

Wednesday, 13 June 2012

Grill SalMon

Menu di suatu Pagi :
 Selalu duk tengok chef masak dalam tv, timbul keinginan nak merasa. Aku punya style suka mengubah dan menyimplekan apa yang dia orang buat jika aku tak ada cukup bahan.

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 2 person)
2 keping salmon fillets
Sedikit black pepper
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun (cara sihat)

Cara-cara:
Lumurkan kepingan salmon dengan garam (jangan sampai masin sangat), black pepper dan minyak zaitun. Panaskan oven atau grill dan bakar dalam hanya 3 ke 4 minit each side. Siap dan boleh di hidangkan.

Aku tambah roti dan sayur asparagus. Selepas makan, rasa teramat kenyang la pulak. Maka aku punya kesimpulan, hidangan ini kurang sesuai untuk sarapan pagi. Jadi selepas ini jika ada rezeki lagi, aku akan makan semasa lunch atau dinner sahaja kerana ia amat mengenyangkan. 

Selamat mencuba...
Posted by Picasa

Tuesday, 12 June 2012

Mandarin LandLord Ku


Tahun lepas, limau mandarin tuan rumah aku tak banyak buahnya pada sebelah yang masuk dalam pagar back yard ku. Awal tahun ini, nampaknya bunga-bunga yang bakal mengeluarkan buah begitu melebat pula. Adakah ia bergilir setiap tahun? Berselang antara lebat dan kurang?

Pemandangan kira-kira 3 bulan yang lalu... (12/3/12)
Seterusnya.....
2 bulan yang lalu.... (17/4/12)
 

Lepas tu....
Lebih sebulan yang lalu... (4/5/12)
 
 

Kemudian...
Kurang sebulan yang lalu... (20/5/12)


Dan terkini...
Hampir 2 minggu yang lalu... (30/5/12). 




Dah boleh petik kiranya....

Nampaknya aku pun tak sabar dah nak rasa buah ni. Sesekali ada sebiji dua yang jatuh, aku kutip dan kecapi rasanya. Not bad lah, dah ada rasa manisnya. Takut nak ambik banyak, kena tunggu green light dari landlord dulu. Padahal dulu dia dah pesan supaya ambil saja dan mengikut hukum syari'ah pun kita boleh ambil kan bila buah tu dah masuk dalam pagar kita.... So...bila ada rasa terliur nak makan tu, aku ambil je...

Posted by Picasa

Monday, 11 June 2012

Queen DiaMond JubiLee 2012

Public Holiday Today
Hari ini adalah Public Holiday di Australia sempena meraikan ulangtahun ke-60 Queen Elizabeth II ( Nama penuhnya ialah Elizabeth Alexandra Mary) menjadi queen bagi England (Diamond Jubilee 2012).

File:Elizabeth II greets NASA GSFC employees, May 8, 2007 edit.jpg
 Panjang umur dia ya, masih sihat walafiat lagi dalam umur 86 tahun ini. Semoga dia mendapat hidayah suatu hari nanti....


































Ketika usia mudanya.

Namun seperti yang aku selalu katakan, tiada istilah cuti bagi PhD student. Hubby tetap ke Uni menyambung dan menyelesaikan tugasannya yang banyak.

Apa pun "Have a nice long weekend for Australia"...

TeRung BerLada


Semalam aku dapat jemputan salah seorang kawan yang merasmikan rumah barunya. Dia baru pindah rumah dan berhajatlah untuk membuat house warming bersekali juga dengan majlis hari jadi anak dia. Buntu aku nak bawa apa. Kuih...? rasa malas nak buat. Apa yang ada kat rumah... sayur terung masih ada. So terlintaslah di fikiran nak buat terung berlada ni. Simple dan bolehlah buat tambah-tambah lauk dia.

 
Resepinya mudah sekali, hiris terung ikut suka. Aku suka bakar je terung tu sebelum disusun ke pinggan. Kemudian tumis bawang merah, putih. Masukkan cili padi dan cili merah yang dikisar. Tambah sedikit ikan bilis tumbuk, garam, gula dan perah sedikit limau nipis atau lemon saja yang aku gunakan. Test rasanya dan siap. 

Macam bentuk kura-kura pula... :-)...

Boleh tuangkan sambal pada terung yang tersusun tadi. Hidangkan....Selamat mencuba....
Posted by Picasa

Sunday, 10 June 2012

AiS Di Pagi HaRi

Pagi Sabtu :

Ilir ke.... ulu ke... daghat ke (loghat kelate)... jakun ke.... aku dah tak kisah apa orang nak kata. Tapi lidah ku kelu seketika dan kemudian pujian kepada Allah, tuhan semesta alam ini kerana pagi ini aku dapat melihat ais berlumuran pada kereta ku.... Sukanya hati aku, menghampiri tahun ke-3 aku di sini, ini lah pertama kali aku melihat ais walaupun bukannya salji. Dua kali dalam dua tahun aku telah terlepas peluang daripada melihat ketulan ais ketika turunnya hujan batu di Adelaide, tapi kali ni aku dapat melihat ais membeku pada keretaku. Patutlah aku rasa dari semalam, suhu kat sini sejuknya teramat. Rupanya cuaca menghampiri suhu yang negative.

Pada bumbung kereta...
 
Masa ni aku keluar pagi selepas pukul 7.30 am kerana ingin pusing-pusing kawasan mencari garage sale yang meriah pada hari sabtu. Terkejut dan begitu excited meihat ais ini. Apa lagi... minat akukan mengambil gambar, so snap lah fenomena ini sebagai kenangan untuk aku dan boleh dikongsikan dengan pembaca-pembaca kisah kehidupannku ini.

Saki-baki ais di atas rumput. Hampir mencair kerana telah terkena sinaran matahari padanya. Aku rasa tangan aku ketika ini macam pedih dan rasa macam nak beku. Sejuk.

Pagi Ahad :

Teruja dengan situasi semalam, pagi-pagi ahad ni aku ke depan rumah untuk melihat lagi kalau-kalau ais masih ada. Tapi tidak seperti semalam, hanya sedikit dan nipis sahaja ais yang tercipta pagi ini.

Hanya seperti cebisan-cebisan serbuk sahaja.

Aku amat bersyukur dengan pengalaman yang Allah kurniakan ini. Subhanallah walhamdulillah wallahu Akbar....


Posted by Picasa

Friday, 8 June 2012

KeJuTan Di SuaTu PaGi

Suatu pagi selepas habis solat subuh, hubby yang sehari dua ni terasa macam ada yang tak kena dengan kepala dan lehernya, minta aku ambil tekanan darahnya. Kami risau jika tekanan darahnya tiba-tiba lagi tinggi dari biasa.

Inilah hasilnya. Terkejut aku dengan bacaan yang terpapar pada mesin kali ini. Tak pernah terbit bacaan yang sebegini rendah bila tekanan darah hubby di ambil. Jadi sejarah pula kali ni. Mungkin sebab inilah dia ada rasa pening dan sakit kepala serta bahu sehari dua ni. Bacaan ini kira peliklah bagi kami kerana ia amat berbeza dari selalu.

Biasanya.....
Atas (systolic) tinggi, bawah (diastolic) boleh diterima.

Consider tinggi.

Tetap tinggi...

Tinggi...


Tinggi...
 Tinggi.... 
Diastolic teramat tinggi....

Atas dan bawah tinggi dan membimbangkan....

Belum pernah tekanan darah hubby jadi rendah sehingga pagi ini, mana yang lebih baik? Dengan sebab inilah kawalan perlu di ambil berat. Minta-minta aku dapat melihat keadaan yang normal.


Posted by Picasa