Total Pageviews

Thursday 31 March 2016

Menu Ayam Maharaja

Cerita dinner... Ini kisah lama. Lamaaaa sangat terperam. Baru cedok untuk dikeluarkan. Biar tertampal di sini. Sekarang ni macam rasa bermusim pulak, musim malas masak. Jadi elok juga rasanya aku cedok2 balik tengok2 gambar2 lama menu2 yang pernah dibuat. Biar kembali semula semangat nak masuk dapur. Ermmmm....
Sedikit comot rempah yang melitupi ayam ni. Sengaja nak kukus secara sekor gini. Taknak potong2. Biar nampak special sikit.
Siap tanpa potong. Dibeli di pasaraya Giant. Jelas terpapar di situ. 
Jalan2 lagi. Meralit bila jalan sorang2 ni. Jelajah setiap rak. Perhati satu2 tu, tak beli tak apa, janji jamu mata. Dah memang aku ni penggemar masakan cina. Saja belek2 group rempah2 ni. Yang ini ada tanda halal. Semak ingredientnya pun ok. Mahu saja aku mencuba. Dalam kepala dah terbayang2 aku menghirup sup herba ni. Macam best je aroma dia. Itu baru berkhayal, rasanya belum lagi... ngeee... 

Ok... dalam peket ni dah siap lengkap set untuk kukusnya, ada rempah, plastik dan juga aluminium wrap nye disertakan. Sangat mudah dan simple. Macam resepi segera pulak. So ikut je arahannya dr situ.
Haaa.... ni dah aku lumurkan dengan rempah tersedia.
Bungkus...
Lapisan luar dengan aluminium wrap.
Bersedia dalam loyang yang diletakkan dalam periuk pengukus. Aku pun dah lupa berapa lama patut dikukus. Rasa2nya sejam tu lebih. Tapi boleh rujuk pada arahan peket rempah tu, don't worry ya... 
Selepas masak mengikut masa yang ditetapkan. Boleh la dihidangkan....
Ermmm.... sungguh lembut... amat terasa rempahnya... siapa lagi yang suka rasa rempah? :-]
Masa dinner tu ada pasangannya. Minumannya teh herba jepun pulak. Baru la ngam.... hehe... ok...


514030

No comments:

Post a Comment