Thursday, 22 September 2016

Out Station Negeri Utara Day 3

Day 3 di Kangar..... 

Turun bersarapan agak lewat sikit Sebab appointment hubby dengan studentnya pun dalam jam 10am. 
Budak ni pun nyenyak tidurnya malam tadi. Ingatkan nak angkat saja dengan baju tidurnya ke dewan makan tapi alang-alang dia dah bangun awal, mandikan terus. 

Seronoknya sarapan pagi ni kerana ada makanan kegemaranku pulut gaul kelapa. Walaupun ada ikan kering sebagai regunya tapi aku tidak mengambilnya kerana aku lebih suka makan dengan kelapa saja. Malangnya kelapa tu hanya tawar. Tapi nasib baik ada garam atas meja makan, dapatlah aku merenjis pada kelapa untuk memasinkan sedikit kelapa itu. 

Teringat pulak pada majlis kawin adik aku di Langkawi hampir 2 tahun lepas. Kami tetamu dari pihak lelaki dijamu dengan dessert pulut ikan kering dan kelapa ni. Memang rasa kelapa tu tawar, berbeza dengan yang disediakan di negeri ku sebelah pantai timur. Jadi dengan keadaan di 2 tempat ini, aku membuat kesimpulan yang resepi pulut di negeri utara memang dibuat tawar kerana dah tumpang masinnya pada ikan kering. Pantai timur pun ada ikan kering bersama, cuma aku yang tak suka pulut dengan ikan kering. Aku lebih suka makan ikan kering dengan nasi je.

Selepas sarapan, sempat posing-posing dulu di laman penginapan....
Kolam di tengah bangunan.
Menyambut hari lahir ku tahun ini di negeri utara.

Aku mengikut hubby visit student praktikalnya ke Jitra. Perjalanan mengambil jarak kira-kira 70 km, dari Kangar ke Jitra. Pelajar tu berada di site. Kerana sekitarnya kawasan tanah merah, menyebabkan tempat tu berhabuk dan berdebu. Tapi aku hanya menunggu di dalam kereta sehingga urusan hubby selesai.

Settle urusan hubby menelifon seorang sepupunya yang menetap di Jitra dengan tujuan singgah ke rumahnya jika available masa tu. Dah alang-alang berada di sini, eloklah singgah kenal-kenal rumah. Masa datang tahun lepas, kami tidak sempat berbuat demikian. Mengikut alamat yang diberikan, tidak jauh pula rumahnya dari tempat kami berada. Hanya kira-kira 4 km saja. Kami terus bergerak ke rumahnya. Alhamdulillah mudah saja temui jalannya.
Bersama tuan rumah.

Pada lewat tengaharinya, aku merancang nak merasa lagi sekali laksa yang terkenal di Kuala Perlis ni. Sebenarnya aku dah pernah ke sini tahun lepas, cuma belum berkesempatan bercerita lawatan aku ke negeri utara pada tahun lepas. Jadi faham-fahamlah.... kedatangan pada kali kedua mungkin tidak seghairah seperti kali bertama.
Restoran Kak Su Laksa. 
Rm5.00 bagi dish special.
Ada 2 pilihan samada dish biasa atau yang special. Tiada beza sangat antara keduanya cuma yang special ni lebih kuah sikit dan telur sebiji.
Alhamdulillah agak berjelira, cuma aku tak puas makan sebab kurang rasa masamnya. Boleh je sebenarnya minta limau lebih, cuma aku pulak yang terlebih segannya.
Selepas makan di sini, kami pusing-pusing kawasan masjid terapung al-Hussain sebentar.

************************
Beberapa memori masa datang lalu lepas....
 Pesan laksa biasa, bukan yang special....
 Masa ni tak malu minta limau lebih sebab nak bagi masam kuah sikit. Kecik potongan limaunya.
 
Dah lama masuk TV3 Jalan2 cari makan.
**********************************
Sekitar masjid al-Hussain....
Kepala Qais terpaksa di pegang supaya pandang kamera... hahaha... 
Keadaan Jetti belakang masjid....
Dek kepenatan, kami pulang ke bilik dulu berehat sebelum malam. .... Malamnya kami ke medan selera 'api-api ikan bakar' namanya. Plan dinner di sini sambil lepak meninjau kawasan.
Suasana kawasan medan selera. Apa yang aku pilih dan pesan malam ni tak banyak, sebab dah serik makan banyak malam tadi... :-)
Udang tepung
Nasi goreng ayam
Ketam masam- manis. Minta buat ketam goreng telur masin tapi tiada dalam menu di situ.

Sebenarnya aku ada memesan laksa juga malam tu, cuma tak snap gambar je. Rasa just so so. Boleh la....

Bersambung hari ke-4.....

No comments:

Post a Comment