Thursday, 15 September 2016

Salam Aidil Adha 2016/1437H

120916
Posing selepas solat sunat Aidl Adha. 
Bersarapan pagi raya
Juadah yang ringkas di meja makan
Ayah & Mak
Berlatarkan rumah kangpungku juga rimba kecil dengan seperdu pokok buluh...
Hanya keluarga 3 beradik yang ada ketika ini. Kak Ma dan Kak Chik beraya di sebelah mertua dan mereka buat korban tahun ni, manakala adik bongsu ku tidak dapat cuti kali ini, hanya isteri dan anaknya pulang beraya ke Langkawi.

Pada tengaharinya aku ke rumah adik ku untuk menziarah kucing ku yang dipeliharanya. Salah satunya tengah sakit mulut, ulser rasanya. Kesian bersekali dengan demam. Klinik haiwan tentu la tutup pada hari raya ni. Tunggu sehari dua lagi baru boleh di bawa ke klinik.
Tersentuh hatiku melihat keadaannya.
Selepas aku lap sikit mulut Wirana dan usap kepalanya dengan air. Kesian dia tidak lalu makan. 
Di rumah kakak ke 3 menjelang petang
Petang hari raya ke dua... lepak2 sambil minum air kelapa dan goreng-gorengan di pantai Geting, Tumpat bersama mertua, kakak dan adik ipar.
Ais krim pulut kacang juga cendol yang hanya berharga rm1 untuk 1 cup; murahkan.. (keesokkan hari adik ipar datang lagi untuk mencari, dah jadi rm2 dengan penjual lain.. hehe..)
Berlatarkan mini fun fair...




No comments:

Post a Comment