Thursday, 22 September 2016

Out Station Negeri Utara Day 4

Day 4.....

Bersiap agak awal untuk turun bersarapan. Hari ni akan bertolak balik Klang. Dikala telah siap memasukkan beg2 dan barang ke kereta, sekali lagi aku bertembung dengan Datuk Dr. Daniel dan isteri yang juga akan check out pagi ni. Malam tadi sempat bersapa di carpark medan selera api-api sebentar. Peramah dan lemah-lembut isterinya itu. Tidak sempat bersembang lama. Aku minta untuk bergambar kenangan dengan mereka.
Kenangan yang damai.

Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat jalan, kami berpisah. Aku mengambil kesempatan untuk bergambar sekeping dua di sekitar hadapan bangunan hotel.
Tidak melengahkan masa yang cepat berlalu, kami meneruskan perjalanan ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali. Memang dulu datang tak sempat melencong ke situ, tapi kali ini kena sempatkan diri juga. 

Kilangnya boleh dikatakan besar juga. Ada bahagian pemprosesan buah-buahan untuk dijeruk, ada ruang restoran dan ada ruang kedai yang agak luas terdiri dari pelbagai produk. Aku lihat ada juga produk yang bukan dari keluaran mereka, tapi dijual juga di situ. Mungkin untuk mempelbagaikan lagi jenis jualan mereka.
Gambar di snap dari jalan raya.
Keadaan hujan ketika itu sedikit merumitkan untuk berjalan dari kereta ke dalam kedai disebabkan ada si kecil bersama. Tak tahu pulak rupanya ada tempat parking didalam kawasan pagar untuk 2, 3 biji kereta. Aku ingat untuk staf kedai je. Rupanya ada pengunjung juga yang parking di situ.
Bermacam jeruk2.
Seksyen kerepek2.
Jeruk2 basah.
Packaging kecil2.
Jeruk siap packing half kilo.
Juga jeruk siap packing half kilo.
Aku membeli beberapa jenis jeruk yang sedap ditekak ku. Banyak ku ambil ialah yang dah dicampur2.
Ruang restoran.
Seksyen mengupas dan pemotongan buah.
Aku lihat semua buah yang dikupas dan potong pada hari itu ialah buah sukun ubi sengkuang. Mungkin lain hari giliran lain jenis buah. Mungkin ada jadual mereka sendiri.
Kemudahan surau yang agak selesa untuk staf dan pengunjung. Aku terus bersolat jamak zohor dan asar di sini.
Dihadapan pintu masuk kedai.
Bergambar sementara menunggu hujan reda sedikit.


Selepas hujan reda, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh perlu dilalui. Agak kepenatan sedikit tapi hati selesa tidak mengapa. Moga masih berpeluang lagi meronda ke sini. Sekian...

No comments:

Post a Comment