Saturday, 14 January 2017

Soda Herb Drink

Versi homemade dan simple serta terubah suai menggunakan apa yang tersedia ada di dapur sahaja. Tak sabar nak merasa soda herb dari Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu Kota Bharu (sila klik sini). Asyik dok tengok gambar je. Sejak restoran beroperasi lebih sebulan yang lalu, belum sempat lagi untuk aku balik kampung melihat suasananya dari dekat. So untuk kali ni, buat dulu di rumah. Sedap tak sedap belakang kira la ya.
Aku buat dalam gelas biasa je. Jika bubuh dalam gelas ala2 botol gitu, lagi la menarik kan....

Bahan yang aku dah ada kat dapur :-
  1. Ice cream soda
  2. Longan dalam tin (ambil isinya sahaja) instead of laici.
  3. Beberapa tangkai daun mint.
  4. Hirisan lemon.
  5. Asam boi merah (sepatut guna yang putih tapi tak ada stok).
  6. Serai di ketuk ringan.
  7. Beberapa ketul ais.
Caranya :-
  1. Dalam gelas, masukkan daun mint.
  2. Masukkan hirisan lemon.
  3. Masukkan asam boi.
  4. Masukkan isi longan
  5. Tuang ais krim soda.
  6. Masukkan ais.
  7. Masukkan serai. 
Siap................................. Mudahkan...


Sebab tu la kelihatan sedikit kekuningan pada air tu kerana aku pakai asam boi merah. InsyaAllah lain kali jika buat lagi aku try pakai yang putih pulak. 
Terima kasih... Jom cuba...

No comments:

Post a Comment