Monday, 23 August 2021

Nostalgia Biji Durian Rebus

 Assalamualaikum wbt...

Tahun ni boleh dikatakan tahun yang meriah dengan durian dalam musimnya. Menjadi betul durian pada musim ni. Tapi mengenangkan harganya yang melampau- lampau tinggi pada awalnya, ramai yang menahan keinginan untuk membelinya. Namun, dalam masa PKP sekarang ni, dengan lambakan buah yang berganda2, harga menjadi runtuh, sehingga ada tahap turun harga dengan rm1 sebiji😅😅😅. 

Namun bukan isi durian yg ingin NS bercerita kali ni. Tapi biji durian yang pernah menjadi makanan kegemaran NS di zaman kanak2 dahulu. Cukup nostalgia. Rindu sangat suasana masa tu.  

Biji durian rebus. 

Samada dibelah elok dengan pisau atau hanya di gigit begitu saja. 

Siapa yang ada pengalaman manis ni tentu rindu dengan suasana tu. Berebut dengan kawan2, makan sama2. Adakalanya sambil main kejar2. Letak dalam kelongsong kertas surat khabar dan dibawa makan sambil bermain. Masa tu, tak mengenal angin perut selepas makan. Masa kanak2, boleh masuk makanan apa saja...😁😁

Biji-biji durian akan dikumpulkan terutama yang besar2.  Dibersihkan terlebih dahulu tau😀
Selepas dibasuh bersih, biji durian direbus kosong begitu sahaja. Rebus sehingga lama sikit mendidih. Agak2 empuk semua biji tu. Jika tak betul2 empuk, nanti makin kuat la berangin dalam perut nanti. 
Selepas masak. 
Dah boleh terus makan. Makan isi putih kat dalam tu je tau. Jangan dengan kulit tu, kelat la nanti... rasa dia agak pejal dan sedikit berlendir. Tapi ada nikmat nostalgianya yang tersendiri.
Yang NS tunjuk dengan anak panah oren tu ialah tunas biji durian ni. Orang Kelantan panggil dia sebagai 'punat'😅😅. Arrr yang punat tu elakkan makan. Ini pesanan orang2 tua. Katanya jika makan punat tu, akan naik bisul pada kita...🤣🤣🤣 Wallahu'alam
Makanan nostalgia. 😀✌️✌️



No comments:

Post a Comment