Tuesday, 6 July 2021

Ikan Siakap Kukus Rencah Portuguese

 Assalamualaikum Wbt...

Menu Mudah untuk lunch, ikan siakap yang dikukus dengan rencah segera Mak Nyonya...

Siakap kukus rencah Mak Nyonya.

Ini lah dia rencahnya. Masa memasak menjadi cepat dengan rasa yang bagi NS antara rasa tomyam dengan rasa asam pedas. 
Di belakangnya ada tertulis 3 cara memasak dengan menggunakan rencah ini, samada hendak dikukus, dipanggang atau digoreng.
Tetapi NS telah memasak ikan ini dengan cara ke-4, iaitu dengan merebus sahaja ikan siakap ke dalam rencah yang telah dibancuh dengan air, seolah menjadi kuah. NS masukkan sekali nenas, tomato, brokoli, cili merah dan potongan bawang, menambahkan lagi rasa dan aroma ke dalam hidangan ini.
Happy lunch... ✌✌✌😋

No comments:

Post a Comment