Friday, 4 December 2020

Grill Salmon Simple

Assalamualaikum wbt... 

Agak sekian lama juga NS tak bercerita di sini, asyik bertangguh, cerita banyak yg tertunda... Bukan cerita apa pun, just diari kehidupan NS sendiri. 

NS doakan semua yg di luar sana sentiasa selamat sejahtera dan sihat selalu hendaknya, terhindar dan dijauhkan dari segala mudharat, dilindungi dari wabak covid 19, yg masih lg berleluasa di mana2. Stay home stay save ya, take care sentiasa.... ✌️✌️✌️...
Grill salmon, dinner tadi... Ringkas tapi rasa tetap menawan...

Semalam , order en hubby dari lazada telah sampai. Ambik masa sehari je proses penghantarannya. Cepat betul.  Jadi cepat juga la NS nak mencubanya... 

Ini cara seller packing, nice sangat, pack satu2. Jadi NS boleh terus simpan dalam freezer. Tak payah asing2kan ikut kuantiti sekali masak dah. Beli banyak juga, 5 kg🤭🤭,,,, offer punya pasal dan nak dapat free shipping katakan😁😁.


Bahan2 yg NS pakai :
  1. Slice ikan salmon (ikut bilangan perlu)
  2. Serbuk segera black pepper (garam tak perlu kerana dah ada rasa masinnya dan secukup rasa)
  3. Sedikit planta
  4. Sedikit minyak zaitun
  5. White pepper powder
  6. Sayur brokoli carrot dan lemon (mana2 yg sedia ada di rumah je) atau apa salad kegemaran.
  7. Sup cendawan pekat (NS jadikan sos)
Cara NS masak : 
  1. NS basuh ikan salmon dgn tepung gandum.
  2. Lumurkan dgn serbuk black pepper segera.
  3. Sediakan kuali untuk meng'grill'. Panaskan minyak zaitun dan sedikit planta. 
  4. Grill ikan sehingga masak... Lebih kurang 5 ke 7 minit each side dgn api perlahan. Masa ni NS springkle kan la jugak dgn white pepper powder sebagai penambah rasa... NS suka dgn rasa white pepper ni sebenarnya😀...
  5. Sambil2 membakar tu, NS sediakan salad tu... Rebus sekejap carrot dan brokoli. Rebus sekejap je dan jgn bg lama mendidih. Kemudian angkat dan rendam dlm air sejuk. Boleh letak dlm air berais sbb nak hentikan proses cook dia tu, tapi NS hanya rendam dgn air sejuk biasa je... 
  6. Bila salmon dah masak, angkat dan letak dalam pinggan hidang. Toskan air dari sayur dan terus masukkan sayur ke kuali grill tadi... Grill sekejap je dgn baki olive oil dan planta yg diguna utk grill salmon... Nak bg dia nampak berkilau dan rasa lemak katakan... 
  7. Angkat dan hidangkan...
  8. Curahkan sup cendawan pekat yg dipanaskan ke atas ikan salmon atau boleh di isi ke mangkuk kecil sebagai sos. 
  9. Jika rajin lg, boleh buat sos khusus yg special ya... NS ni kira nak cepat dan ringkas je...😄😄
Mula meng'grill'

Setelah diterbalikkan

Hidangkan mengikut kreativiti masing2. NS gemarkan perahan lemon ke atas salmon bg mengurangkan rasa muak.

Jom... ✌️✌️😀

Sehingga berjumpa lagi ya... InsyaAllah... 




1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete