Saturday, 21 January 2017

Kambing Bakar / Grill Lamb

Ala2 western la pulak hari ni. Dinner tak nak makan nasi. Ambik karbohidrat daripada kentang. Sudah cukup mengenyangkan. 
Saja nak tempek ramuan mudah di sini, kerana yang bernama aku ni sukakan yang simple... Jika rumit2 tu aku tak berapa nak perfect. Nanti suatu hari boleh buat rujukan untuk diri sendiri dan juga akhawat semua jika sudi.

Bahan2 Untuk lamb versi sendiri (sukatan agak2 la ya) :-
  1. 4 keping lamb pieces
  2. Sedikit BBQ Sprinkle*
  3. Sedikit BBQ seasoning smokey*
  4. Sedikit Sumac*
  5. Sedikit halia serbuk*
  6. Sedikit cuka delima*
  7. Madu untuk sedikit rasa manis*
  8. Sedikit minyak zaitun*
  9. 3 bawang besar (ikut suka).
Cara-cara :
Aku menggunakan pembakar seperti pemanggang ajaib tu je...
  1. Campur semua bahan bertanda * dan sapu pada kepingan lamb. Perap seketika atau boleh je terus grill. Tak lama pun hanya kira-kira 20 minit. 
  2. Bawang di hiris memanjang dan grill dalam pemanggang lamb tadi hingga sedikit layu.
Lamb looks so juicy...

Bahan untuk salad sayur (menggunakan stok terhad yang ada di dapur je):-
  1. 3 biji kentang di potong sederhana besar.
  2. Sedikit bunga kobis di potong besar. (Jika ada carrot dan brokoli, lagi cantik)
  3. Beberapa biji tomato ceri.
  4. Satu sudu besar planta
  5. Sesudu minyak zaitun.
  6. Sedikit garam (secubit)
  7. Sedikit lada hitam
  8. Sedikit daun parsley kering.
Cara-cara :-
  1. Rebus kentang hingga empuk. Toskan.
  2. Celur bunga kubis seketika. Toskan.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan planta, masukkan kentang dan bunga kobis, kacau serata biar tersalut berkilau. Masukkan lada hitam, garam dan taburkan daun parsley. 
  4. Gaul rata dan siap. Masukkan tomato ceri dan boleh dihidangkan.
Sos pencicah pula :-
  1. 4 sudu besar mayonis.
  2. Perahkan air lemon.
  3. Taburkan dried parsley. 
  4. Gaul sebati dan hidangkan. 

Selamat mencuba ya... Terima kasih...

No comments:

Post a Comment