Saturday, 31 December 2016

My Bulus @ Chicken Soup Time

Salam akhir tahun 2016. Di hari terakhir berada di tahun 2016 ini, sebagai penutup tirainya, aku hanya nak menyelitkan sedikit perihal anak kucing aku. Ini sebagai kenangan aku juga nanti. Aku yang nak mengukir memori ini agar suatu hari nanti, dapat aku mengimbau kembali tulisan ku di Ahwaalulhayah ini.

My anak-anak bulus ni suka makan sup ayam, terutamanya Terry White dan anaknya Rebecca Terra. Dua beranak ni, seawal mereka tercium bau sup ayam lagi dah mengiau-ngiau mengekori kaki aku. Geli hati juga menengok kelakuan mereka yang tak berhenti meminta. Sian pulak mereka terpaksa menunggu. Daripada sup tu panas2, aku kena sejukkan dulu. Lepas tu hiris kecil2 isi ayamnya. Barulah disuakan pada mereka. Apa lagi... diam tak mengiau lah mereka menikmati sup yang sedaplah agaknya bagi mereka. 
Dari kiri atas kanan dan bawah; Terry White, Rebecca Terra dan Layona Daira (Adik)

Sup ni bukanlah perfect resepi sup seperti yang kita makan tu. Aku cuma merebus seketul ayam bahagian isinya sahaja tanpa apa2 perasa atau rempah semua tu. Tapi agaknya cukup membangkitkan selera mereka. Ini merupakan salah satu makanan berkhasiat bagi mereka. Ada sekali tu, berkebetulan ada sayur labu di rumah, maka bolehla aku campurkan rebusan isi ayam dengan labu tu.

Aku pernah juga dulu2 bagi pada kucing2 aku ni makan makanan basah dalam tin. Tapi selepas tu mereka akan berak cair. Mungkin makanan basah tidak sesuai untuk kucing2 aku, berbeza dengan sup ayam ni, rasi dengan perut mereka.

Di waktu yang lain...↓↓
Diantara kucing2 aku yang di atas ni, ada yang telah berada di tangan keluarga angkat mereka. Aku sejujurnya merindui mereka. Sehingga adakalanya jatuh air mata aku bila teringatkan mereka. dah macam anak pulak. Hanya pencinta kucing seperti aku sahaja yang memahami situasi ini.


Dikala yang lain pula... ↓↓↓

 
 
Semoga bulus2 ku sentiasa sihat ceria... aamiin... I Love You all.

No comments:

Post a Comment