Saturday, 5 November 2016

Mihun celup simple

Telah sekian lama aku menggemari mee, mihun atau kway tiaw celup. Ada sekali aku mencuba maggi celup. Macam bermusim pula kegemaran aku ni. Sampai ada ketika tu, aku akan berkali2 ke restoran yang sama dan order menu yang sama. 

Ada beberapa kedai di area berhampiran tempat tinggalku yang menjual mee/mihun/kway tiaw/ maggi celup ni, antaranya seperti yang pernah aku ceritakan di sini. Kerapnya aku memesan sampaikan waitress restoran tu dah kenal dan tahu kegemaranku. Kadang2 bila pada hari yang aku pergi restoran, mereka yang datang untuk ambil order terus memaklumkan pada aku bahawa hari ni mereka tidak menyediakan mi celup. Padahal aku belum pun membuat pesanan lagi. Lucu pulak rasanya....
Akhirnya hari ini, buat pertama kalinya aku memasak sendiri mihun celup kegemaran aku selama ni. 

Dah lama teringin nak buat sendiri, macam biasala alasannya, belum berkesempatan. Berkebetulan hari ni sendirian di rumah separuh hari. Hubby ada program penyampaian anugerah kepada pelajar di kampus Puncak Alam. Resepinya aku cedok sana sini dari Mr google la tentunya. Terima kasih kepada semua penyumbang resepi. 
Antara bahan yang aku gunakan.

Bahan-bahan 1:-
  1. Mihun / mee kuning / kaway tiaw / maggi kosong. Aku guna mihun je hari ni. Rendam dalam air panas hingga lembut dan toskan.
  2. 4 ketul tulang yang berdaging.
  3. 9 biji bebola ikan
  4. Sedikit perut lembu.
  5. 2 biji bawang besar (di dapurku tiada bawang kecil)
  6. 9 ulas bawang putih
  7. 3 inci halia (halia muda kecil yang aku gunakan)
  8. Rempah menumis 4 serangkai (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
  9. Setangkai daun ketumbar dengan akar sekali (potong kasar)
  10. Sebatang celery (potong kasar)
  11. Sebatang lobak putih kecil (potong dadu)
  12. Sebatang serai (diketuk).
  13. Minyak untuk menumis
  14. Air untuk kuah
  15. Garam dan gula melaka
*** aku tidak menggunakan sos ikan atau kicap masin sebagaimana resepi rujukan kerana tiada dalam stock ku.

Bahan-bahan 2 :-
  1. Kacang tumbuk 
  2. Cili jeruk
  3. Chili flakes
  4. Kangkung (dicelur dan potong)
  5. Taugeh (aku tak pakai sebab tiada di dapur)
  6. Limau nipis
Cara-cara :-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi. Masukkan rempah 4 serangkai dan tumis lagi hingga naik bau. 
  2. Masukkan tulang dan tumis lagi hingga air tulang itu kering. 
  3. Masukkan air sebagai kuah mengikut kuantiti yang di kehendaki.
  4. Masukkan juga perut lembu. Aku masukkan tanpa dipotong halus sebab nak potong kemudian.
  5. Masukkan daun celery, daun ketumbar bersekali dengan akarnya, lobak putih dan juga serai. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang empuk.
  6. Masukkan bebola ikan, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Sup tengah menggelegak
Bebola mengembang ketika kuah tengah mendidih.

Biarkan kuah suam sikit, sepatutnya ditapis tuang dalam periuk lain untuk asingkan perut, bebola dan tulang tadi. Tapi aku tak buat begitu. Aku hanya cari dan cedok bahan2 pilihan tu. Kemudian hiris kecil perut lembu yang seketul tadi. Kesemua tu diletak dalam bekas berasingan.
Kacang yang disangai.
Kacang ditumbuk
Siap kacang tumbuk dan dimasukkan ke bekas.
Cili jeruk homemade.
Bila nak makan, panaskan kuah. Masukkan mihun dalam pinggan dalam atau mangkuk, ambik tulang berdaging, bebola ikan dan masukkan kuah. Ambil kangkung celur, taburkan kacang tumbuk dan cili flakes, perah limau nipis. Jika cukup alatan,teringin nak buat macam kat kedai tu. Ambil bahan2 diletak dalam bekas pencelur. Celup dalam kuah dan baru masukkan ke mangkuk. Tapi aku tiada peralatan tu.
Sedap juga dinikmati dengan cili jeruk sebagai penambah selera. Aku tidak letak lobak jeruk kerana tiada dalam stok.
Sekian dan selamat mencuba ya.... :-)


No comments:

Post a Comment