Saturday, 29 October 2016

Teluk Batik

Salam sejahtera... waaah lama betul nak menyambung cerita, kesinambungan perjalanan yang lepas, dari Sri Iskandar. Tak ada kesempatan nak menulis, ada je benda menghalang.

Dari Sri Iskandar aku bergerak ke Teluk Batik. Walaupun tempat tu dah lama sangat dikenali, dan aku pula telah entah kali ke berapa mendatangi negeri Perak, tapi belum ada jodoh aku untuk menjejak kaki ke Teluk Batik ini. Kali ini memang plan akan mengunjunginya.
Mr Hubby ada nak tunjuk tempat belajarnya masa diploma dulu, UiTM Manjung, 
Masa sampai kat Teluk Batik tu, tempat parking kereta pun agak penuh. Bayaran RM1 dikenakan bagi satu kereta untuk masuk ke situ. Kelihatan hari tu (ahad) sangat meriah dengan ramainya pengunjung. Aku ingat memang beginilah selalu suasana di sini, lebih2 lagi hari minggu. Tapi aku difahamkan oleh salah seorang peniaga kedai makan di situ bahawa selalunya tidaklah sebegini ramai walaupun pada hari minggu, cuma hari ini ada kunjungan daripada group persatuan sepak takraw dari seluruh Malaysia. Ooo patutlah crowded hari ni. Gerai2 makan pun turut dipenuhi.

Jom tengok sedikit suasana....
 
Kebanyakan kumpulan sedang ligat bertanding masa tu...

Aktiviti tepi pantai....
Dipenuhi dengan mereka yang mandi manda. Kelihatan sangat happening. Dewasa dan kanak-kanak kecil pun sungguh leka bermain air pantai yang kurang berombak ini. Maklumlah namanya pun teluk kan....
Bot untuk pusing pulau...
Belum berjodoh untuk mencuba naik banana boat ni lagi. Murah pulak kat sini, rm 3 seorang. Next time insyaAllah berpeluang.
 
Aku ok je... selalunya hubby yang kurang berani... apa lah.... takut bila sengaja dijatuhkan macam ni oleh si penarik tu tu kot... lagi pun kami tak plan untuk bermain air.
Apa pun hubby toleransi untuk menaiki boat pusing kawasan. Sementara menunggu, posing dulu...
Naik awal ke atas bot dan masih menunggu penumpang lain. 

Antara pemandangan yang disaksikan dari pelayaran bot....
Kelihatan Pulau Pangkor di sana... dekat rupanya. InsyaAllah suatu masa nanti akan plan datang sini pulak.... itu janji hubby... :-)
Sekejap je naiknya... kira2 10 ke 15 minit dengan bayaran rm5 seorang.
Kain dah basah dan berpasir selepas naik boat.
Salah satu kedai cenderamata yang serba serbinya diperbuat dari cengkerang binatang laut juga batu karang....

InyaAllah bersambung cerita di Lumut nanti ya....

***081016


No comments:

Post a Comment