Wednesday, 12 October 2016

Seri Iskandar, Accompany Member

Kali ini mengikut Mr Hubby yang meeting di UiTM kampus Seri Iskandar, Perak. Bertolak awal sehari kerana penginapan sedia diduduki sehari sebelum. Jika lama dulu, sekiranya hubby ada apa2 program di kampus Seri Iskandar, kami selalunya menginap jauh dari sini, adakalanya di Ipoh. Tapi dengan adanya hotel baru selepas itu walaupun hanyalah kecil, tapi lebih memudahkan urusan serta lebih menjimatkan masa. 

Bertolak dalam jam 10.00 am dari Klang, ikut Highway dan sedikit laluan jalan biasa, kami tiba di bandar Seri Iskandar ini sedikit sebelum waktu zohor. Mengisi perut yang telah minta diisi sejak tadi, tak nampak seperti ada pilihan untuk ditangguh, kami singgah je KFC untuk lunch.

Tak tahulah kali ini, selalunya masuk2 je bilik penginapan, aku solat dulu sebelum berehat, kali ini dek kerana keletihan aku tertidur terus. Bilik penginapan simple 'dHotel'... bilik ni tiada peti ais, selebihnya just nice.
View kawasan parking Hotel juga pasaraya Billion.
Deretan kiosk di seberang parking. Meriah pada waktu malam. Tiada aktiviti pada hari ni, cuma aku dan hubby mengisi masa dengan berjalan-jalan dalam pasaraya pada petangnya dan dinner di kedai mamak. 
Swimming pool yang tak berapa luas
Pada hari kedua, sebaik hubby selesai programnya, kami ke pasaraya lagi. Kali ni ronda2 tingkat 2 dan 3. Semalam hanya paras bawah je kami jalan. 
Singgah sini mengisi perut. Ada beberapa gerai macam food court.
Hubby... nasi goreng ayam. Kurang puas hati sbb potionnya kecil. Rm 6.
Me... mihun celup. Potionnya banyak dan rasanya boleh diterima. Cuma aku kurang suka dengan rasa manisnya. Rm 6.

Ronda2 malam hari dalam sedikit gerimis yang turun.... namun masih terkawal.
Singgah di kiosk ini. 
 
Sebab gerai ni ada laksa, my favourite. Kiosk 'Kak Long Laksa'
Rasanya not bad... asal kurang bau belacan, ok la...
Hubby masih bermenu nasi... nasi lemak ayam berempah.

Bersambung... jumpa di Teluk Batik esok ya...

061016/071016

No comments:

Post a Comment