Friday, 7 October 2016

Salam Noodles Cafe

Salam kesejahteraan buat semua. Kali ni aku nak kongsikan satu lagi menu yang menjadi kegemaranku. Lamanya aku bertangguh untuk bercerita tentang perkenalan aku dengan 'Salam Noodles' cafe ini. Ianya merupakan salah satu daripada restoran china muslim yang berasal dari bangsa Uighur. Lamb merupakan salah satu menu utamanya. 

'Salam Noodles' cafe ni aku dapat kenal melalui tontonan program TV3 yang telah sekian lama terkenalnya iaitu 'Jalan-jalan Cari Makan', 2 tahun lalu. Terus excited nak mencuba. Ada sebabnya... di sini ada kebab kambing yang amat aku gemarinya, sama seperti yang selalu aku makan sewaktu di Adelaide dulu. Itu yang menarik aku ke sini pada minggu berikutnya walaupun perjalanan dari rumahku untuk ke sini (Cyberjaya) mengambil masa hampir sejam. 
Restoran Salam Noodles ini berlokasi di :-
No 42, blok 4810, 
CBD Perdana 2, 
Persiaran Flora, Cyberjaya. 

Dikenali dengan nama 'My Imam Noodles' sebelum ini. Aku kurang pasti kenapa bertukar nama kepada 'Salam Noodles'. Dibuka setiap hari bermula jam 11.00 Am hingga jam 10.00 Pm. Jika tak silap aku, ada salah satu cawangannya di Putrajaya.
Parking yang mudah di hadapan restoran.
Menu yang disediakan. 
Borang pesanan. 

Di sini proses ordernya kita kena isi order form ini, bawa ke kaunter bayaran dan buat pembayaran terlebih dahulu. Selepas tu baru tunggu makanan sampai di meja. Masa menunggu dish yang dipesan sampai sangatlah sekejap. Aku rasa lebih cepat dari kedai mamak... hehe... Aku tulis begini adalah berdasarkan beberapa kali pengalaman aku ke sini.
Cili kisarnya pun ada, sama seperti di Adelaide punya, penambah rasa pedas. 
Masa first time datang, Mr Hubby order nasi dengan lauk kari. Tapi kureng sikit katanya. 
Lamb kebab..... 

Haaa.... ni la dia dish favourite aku. Dari segi rasanya tak ubah seperti yang aku makan di Adelaide dulu. Love it. Cuma bezanya, di sini menggunakan stick buluh manakala di Adelaide tu menggunakan besi.
Xin Jiang Roast Mutton stick. 
Aku senang panggil Kebab Uighur je. Rm 2 perstick. Ada yang chicken punya, tapi aku lebih sangat gemar dengan yang lamb ni. 

Menu utama lain terdiri dari mee2 yang di buat sendiri oleh mereka.
Mee sup yang banyak jenis, boleh pilih dish dari buku menu tadi. Cuma terkilan sikit, kenapalah kat Salam Noodles ni tiada flat mee.... Jika ada pilihan, aku lebih suka yang tu... macam yang ada di Restoran Mee Tarik Warisan....
Penambah rasa pedas.
Tempat minuman yang diambil sendiri.

Istimewanya di sini, berjenis2 minuman samada sejuk atau panas disediakan percuma bagi pelanggan dengan syarat hanya menggunakan satu gelas sahaja bagi setiap orang. Boleh top up air bergelas2 semahunya. Jika seorang menggunakan 2 gelas, bayaran rm 1 dikenakan.

Kemudahan surau juga di sediakan.
Meja makan tersedia di dalam dan di luar restoran. Cuma kat luar ni panasla sikit.
Siap tapau lagi kot teringin lagi bila sampai rumah.
Kaunter bayaran...
Lambang pilihan TV3, Jalan-jalan Cari Makan tergantung di situ.

Antara dish yang dipesan bila ke sini....


Pilihan sup, ada yang daging dan ada yang lamb.

Mangkuk yang diperbaharui, tercatat nama Salam Noodles.
Lamb kebab lagi...
Adik aku pun dah suka dengan makanan di sini. Setiap kali datang ke rumah aku, kerap diminta untuk dibawa ke sini....

Sewaktu menjemput makan di sini sahabat yang sama2 menggemari lamb dan chicken kebab di Adelaide dulu. Membuat surprise dan juga meraikan mereka.





Dua sahabat....

200415/270216

No comments:

Post a Comment