Sunday, 25 September 2016

Gua Kelam, Perlis

210815....
Melengkapkan lawatan aku ke Perlis, aku memilih Gua Kelam sebagai salah satu tempat tuju kami. Sebelum kemari, aku ada membaca beberapa artikel dan blog2 yang ditulis mengenai Gua Kelam. Study la sikit2 sebelum pergi kan. Macam2 gambaran dan cerita mengenainya. Menuju ke situ selepas waktu tengahari dan alhamdulillah cuaca pun ceria pada ketika itu.
Di hadapan kaunter dan pintu masuk. Bayaran Rm1 perkepala dikenakan dan kami diberikan satu mini touch light untuk perjalanan yang gelap melalui jalan gua nanti.
 
Tempat permulaan. Apa nak panggil ni... jambatan la kot. Aku dimaklumkan perlu melalui kira2  300 ke 400 meter di dalam gua tersebut.
Mula melangkah menuju ke pintu gua.
Memang pemandangan di dalam gua tidak kelihatan pun. Semuanya gelap gelita. Sunyi seketika, aku tidak bersuara, cuma hati yang berkata2. Memang menakutkan bila berada di dalam gua yang gelap sebegitu. Kedengaran seperti hujan lebat sedang turun tapi sebenarnya bunyi tu datang dari air yang mengalir dari atas gua itu mungkin. Aku berjalan dengan menggunakan lampu suluh yang dibekalkan.

Dalam pada itu, dalam perjalanan aku membaca ayat-ayat suci al-Quran. Ya la takut jugak kan. Sesetengah tempat ada lampu yang samar2 menerangi. Kelihatan rupa bentuk pada dinding gua yang berbagai. Ada yang putih berkilau umpama berlian dan ada yang hanya berkerutu.
Ada takungan air di bawah jambatan laluan ini.
Suasana persekitaran............
Suasana hujung gua, pintu keluar sebelah sana....
Tempat berpicnic juga ada disediakan
Tangga untuk menaiki bukit melalui lerengnya bagi yang minat ber'junggle tracking'.
Replika rama2 yang cantik
Mini air terjun
Secret Garden yang cantik pemandangannya.

Aku ada juga terserempak dengan orang yang berpakaian seperti dukun dan membawa telur masuk ke gua ini. Dalam hati aku bertanya sendiri, adakah mereka ini ingin bertapa..? Wallahua'lam. Tapi di sini berbagai aktiviti berlangsung. Nun di sana aku melihat riuh-rendah mereka yang mandi-manda di alur air yang mengalir laju. 

No comments:

Post a Comment