Saturday, 28 May 2016

TDM Gotong Royong sesi 2 2016

Cerita hari minggu lps.... Kelaziman yg berlaku pada setiap tahun. Kebiasaannya taman perumahan kami ini akan melakukan salah satunya gotong royong pada sebelum datangnya bulan ramadhan.

Kali ini tarikhnya jatuh pada 22 Mei 2016 untuk sesi ini. 
Berkumpul dan bergambar selepas sesi ucapan pembukaan majlis oleh Pengerusi Persatuan Penduduk TDM baru yang pada tahun ini telah bertukar kepada Cikgu Suhaimi selepas hampir 10 tahun dengan jayanya di pikul oleh Encik Haswar.

Kebiasaan yang terlibat adalah kaum Adam. Manakala yang kaum Hawanya lebih kepada tugas menyediakan juadah buat mereka yang bergotong royong. Yang penting, hari ini adalah hari kerjasama.... "apa yang penting... kerjaaaaaasama", hehe... baca gayanya Wonder Pets... apa2 je lah... 

..... dan aku pula, hubby buat permintaan supaya menyediakan menu trade mark kami seperti yg sebelum ini... apa2 jenis nasi bungkus... dan kali ini pilihan kami 'nasi berlauk ikan aye versi Kelantan". Sebutan biasa ikan tu adalah ikan tongkol. 
Masak lemak lengkuas ika tongkol siap. 
Nasi pun dah masak...
Tersedia semua peralatan dan bahan... tinggal bungkusnya saja... 
Ringkas saja caranya... ada nasi, plastik ikan dan kuah, air lada dan ulam timun... tersedia dlm kelongsong (sebutan aku)... dan bungkus la... 

Selepas separuh gotong royong.... pada waktu rehat, mereka menikmatinya dengan selera...

Ini sebahagian antara ahli lorong kami... suasana ketika menikmati hidangan... 
Alhamdulillah... yang penting ada peminat dan habis di makan. Dengarnya ada yang nak datang ambik tapi dah kehabisan bekalan. Minta maaf la ya... maklumla buat pun tak banyak. InsyaAllah lain masa akan disumbangkan lagi... 

No comments:

Post a Comment